Monday, June 16, 2008

TAG by Lisa, 7 fakta tentang aku

U have seen my ideas and crafts, now take a moment to know bout me a bit more (",)


7 fakta mengenai diri aku sebagai Hani Azrina

1) orang kenal aku sebab suke pakai bag pack. tp bag tu zip dah totally rosak. DAMN!!
2) if org tu ngam dgn aku, aku bole buat kelaka sampai diorang gelak gile2 la. Mangsa2 aku adalah bf aku, family aku, best frens aku dan penonton persembahan lawak aku time kat second college, UPM. Lagi satu ada kawan aku kate aku clown dan kadang2 ajak aku berlawak kat kelas die time sekolah menengah
3) aku adalah tv freak, takde astro pun aku bley enjoy dari filem iran dan korea yg mengetengahkan hak2 wanita dan kanak2 miskin sampai la siri2 popular sitcom dan soap drama serta tak lupa martha steward show. Semua aku layan...zasssss
4) aku suka menangis dan mudah sensitif bab2 family dan org2 yg aku syg. Selain diorang aku bole tahan lagik. Aku boleh nangis tak sampai 1 saat. Kadang2 org ingat aku berlakon.
5) aku jarang marah. so bile time aku marah, aku meletop macam bom. ada juga org tgk muka aku mcm tak marah padahal aku marah. susah tul la T_T
6) aku seorang yg sukakan segala art yg ada kecuali abstract art. kraf, arca, painting, grafitti, jahitan, sulaman, fashion design, interior design etc. Tapi aku tak mahir pun dan cuma ada idea2 kreatif je, susah nak implement kecuali ada mood dan few skill
7) aku juga macam lisa, tak suka bersukan. Aku suka dance moves macam aerobic, hip hop, pop, hindi dance.


7 perkara yang menakutkan aku sebagai Hani Azrina

1) aku takut aku tak boleh melahirkan zuriat. fobia sangat2.
2) aku takut jadi cacat. aku tak mampu manghadapi cabaran sesusah itu.
3) aku takut naik roller coaster dan seangkatan dgn nya. sakit jantung aku macam nak tercabut dan bagi aku langsung tak seronok.
4) aku takut hantu dan fantasi2 seram yg aku terbayang. Kadang-kadang tak boleh tidur sebab terbayang hantu langsuir bawah katil tarik tangan, hantu duduk kat bucu syiling macam nangnak dan hantu yg bertinggung kat hujung ibu jari kaki.
5) aku takut kereta himpit2 sebelah kanan time aku tumpang kereta orang dan time tu aku duduk kanan. Aku mesti rasa darah aku mangalir laju time tu macam kereta tu nak crash kereta org yg aku tumpang.
6) aku takut if aku tak prepare time interview. time tu rase nak muntah, pening dan tangan berpeluh. pastu aku describe diri aku separuh atau suku dari ape aku plan. Ala2 sabotaj diri sendiri.
7) aku takut tak jadik kawin la. Sebagai perempuan, aku takut gile tahap dewa.


7 lagu yang diminati oleh Hani Azrina

1) Akan by Karen Kong (motivation song)
2) If I ain't got u by Alicia Keys (chenta song)
3) Heaven on Earth by Britney Spears (sexy voice song)
4) Kocok kocok by Inul (funny and cheer me up song..hahhaha)
5) Kylie Minoque songs in year 2000 onwards (dance moves song)
6) Empty by Click Five (Preety boy song)
7) Bukannya satelit by Elyana (funky cool song)


7 perkara / perkataan yang selalu Hani Azrina sebut..

1) Sengal or Seng-seng btol la
2) Tonyok...eee ork...eee ork (binatang comel kaler pink berekor spring)
3) Lembabun btol la (Lembab tahap babun)
4) Lempang karang (kepada pemandu bahaya di tengah jalan)
5) Laju-laju nak berak ke? nak cirit ke? (bagi pemandu yg merempit laju)
6) Yelahhhhhhhhhhhhhhhhh (terpaksa akur dgn nasihat/paksaan org terdekat dgn aku)
7) Yeay yeay!!!! (Sambil tepuk-tepuk tangan tidak kira di mana lokasinya)

7 perkara(material-plastik) yang amat bernilai buat Hani Azrina

1) gelang batu pink and jernih pemberian bakal mak mertua
2) gelang habib jewel pemberian mak aku
3) gambar aku n bf berdua, jarang tangkap ber2 sbb takde digital camera
4) 3 ketul bantal tidur aku. If takde, susah nak tido
5) koleksi kasut hitam aku yg terdiri dari kasut hitam bertutup bertumit wedges, kasut hitam peep toe berbow dan bertumit wedges, sandal hitam tumit 2.5 inci, kasut ballet flat hitam bertutup but peep toe sikit bermaterial plastik+getah, sandal strap hitam tumit 2 inci ada diamond palsu bentuk 'D' kecil
6) surat dan kad2 pemberian kawan2 aku. Ada lagi dalam satu kotak rice cooker kat dalam almari kat kampung aku
7) hadiah2 cute dari best fren aku, night lamp bentuk kucing warna oren pemberian aima, patung beruang pakai baju lebah pemberian aima, patung koala dari australia pemberian liza, patung itik pemberian liza, kaset vertical horizon pemberian nita dan banyak lagi.


7 pertama kali dalam hidup Hani Azrina

1) pertama kali aku menyewa rumah dengan American girl. Semasa kat Penang time praktikal. Alim, boleh cakap melayu dan naik motor kriss. Slumber best!
2) pertama kali aku ada pen pal dari Filipina time sekolah menengah sebelum Arroyo jadik presiden. Lepas tu stop tak kontek dah
3) pertama kali aku dapat sejambak ros.Dari bf, suprise depan rumah aku jam 12am
4) pertama kali aku dapat surat dari lelaki. 2 mamat sekolah menengah lain yg nak berkenalan. Aku menyamar nama lain. Surat simpan dalam tin biskut kat asrama. Hahaha!! Ada lagi simpan sampai sekarang tapi tak balas surat tu.
5) pertama kali aku dapat kad raya dari lelaki dari jiran aku time darjah 6. Pastu aku koyak2 kat luar rumah tanpa baca sebab takut. Pastu masuk rumah dgn muke slumber.
6) pertama kali aku bercinta sekaligus menjadi serius sehingga meyakinkan dia utk serius secara tak sengaja. Harap bertahan sampai mati.
7) pertama kali aku terjebak dalam teater sebagai budak teknikal buat digital sound effect pakai flash(sebab tatau nak pakai sw ape time tu), tido jam 6pagi till 7 pagi selama nak dekat sebulan. Seb baik menang teknikal terbaik. Masyuk time tu gabungkan lagu2 braveheart OST dgn suara kawan aku utk scene sedih dan bunyi2 lazer terjumpa dalam Windows pinball game dan bunyi helikopter dan siren utk scene peperangan. Pastu fail Advanced C++ kena repeat balik dan kejar pointer yg dah lari banyak. Best tapi sengal. Hahaha!!!!


7 orang yang AKU mahu tag..

1. lizawati mat isa
2. nita azlin
3. measa
4. shida
5. aima
6. nisha
7. hidayah

0 comments: