Thursday, June 26, 2008

Nama anak aku?

Aku sebenarnya dalam dilemma samada :




  • nak bubuh nama anak start huruf A (mengikut petua - sila rujuk post sebelumnya)
  • atau nak bubuh nama anak start huruf H (sebab nama aku huruf H)
  • atau bubuh nama anak start dari gabungan nama aku n bakal suami (Adnan + Azrina = Adz........ di mana dalam huruf arab, jadik huruf 'zho'/'zal'/'zai'.....aku sendirik konpius)
  • atau gabungan Hani dan Adnan..jadik Hanan. Amacam? Untuk nama depan, nama belakang lain-lain.
  • atau bagi nama anak yang pendek dan susah orang nak nick kan nama tu supaya orang panggil anak aku dengan nama penuh, contoh fairus....orang jarang panggil 'fai' atau 'rus' kerana orang sure panggil 'fairus' atau 'mimi'.....sure orang panggil 'mimi' jugak

But confirm aku pilih yang ada maksud dalam bahasa Arab, sebab aku frust nama aku takda maksud Arab.

Hani? Hanif adalah maksud. Hani' ada maksud (Orang yang berbahagia; pembantu; menyenangkan).

Azrina? Kim salam, aku dah cari memang takda.

Tapi nama Hani Azrina memang la sedap. Itu aku tak nafikan. chewaaaah....perasan.

So, below nama-nama yang aku rasa ada potensi :

  • Adam (nama nabi, ikutan, teladan)
  • Hanif (yang berpegang teguh pada Islam, yang lurus, Bersih suci)
  • Hana (Kegembiraan; kebahagiaan)
  • Hannah (Kasih sayang)
  • Arissa (sedap dan macam cun. ada ke maksud? tak sure)
  • Aliah (nama ni macam stylo. Yang Tinggi)
  • Alya (Ketinggian)
  • Haidar (pemberani. teringat nama tengku haidar cerita sinderella tu. hehehe)
  • Hadi (Yang memberi petunjuk; leher; singa. Yang Kaya. Yang memimpin)
  • Hannan (yang pengasih, Yang Penyayang)
  • Hanan (Bertimbang rasa)
  • Anisah (Kacak/comel)
  • Azfar (Yang berjaya, yang menang)
  • Asfa (Yang suci)
  • Arfa (Yang tinggi, mulia)
  • Arfan (Mengetahui)
  • Arman (Harapan, aspirasi)
  • Anis (Yang mesra, teman setia)
  • Anas (Kemesraan, cinta, kasih)
  • Amani (Kesejahteraanku)
  • Ammar (Yang memakmurkan, yang kuat iman)
  • Hanania (Dikasihi Allah)
  • Hanis (Berani, warak)
  • Haris (Pengawal, pelindung)
  • Harith (Kuat, berusaha)
  • Adriana (Nisbah)
  • Hafni (Nisbah)

dalam banyak-banyak aku suka 'Hana' dan 'Adam' sebab pendek, ala-ala international tapi ada maksud dalam bahasa Arab. Or maybe ada 2 words utk satu nama. Hmm lagi fleksibel aku nak pilih contohnya Hana Arissa. pergh sedap tuh.

ni panduan yg aku jumpa yg ada mention nama yg harus dielakkan :

http://abuumair1.wordpress.com/2008/06/09/panduan-memberi-nama-anak/

dan

http://www.darulnuman.com/mhikmah/nama/terlarang.html

ni pula ada link untuk download nama-nama anak dalam islam :

http://www.media-islam.or.id/2008/02/01/memberi-nama-bayi-anak-secara-islami/

ni link nama anak yg banyak from a to z utk lelaki

http://www.darulnuman.com/mhikmah/nama/lelaki/index.html

ni link nama anak perempuan from a to z

http://hanggawan.wordpress.com/2008/01/26/nama-nama-anak-perempuan-dalam-islam/

note : jangan rosakkan hidup anak anda dengan nama yang pelik-pelik

so ni pulak nama 2 wording yg aku rasa berpotensi :

  • Hana Damia >> Hana=Kegembiraan; kebahagiaan + Damia= Kebijakan
  • Hana Dayani >> Hana=Kegembiraan; kebahagiaan + Dayani = Patuh, taat
  • Hana Sakina >> Hana=Kegembiraan; kebahagiaan + Sakina= Lembut, hening, tenang
  • Hana Raisha >> Hana=Kegembiraan; kebahagiaan + Raisha = Pemimpin
  • Hana Nabila >> Hana=Kegembiraan; kebahagiaan + Nabila = Ningrat, mulia, luhur
  • Hana Jamila >> Hana=Kegembiraan; kebahagiaan + Jamila, Jamilah = Cantik

  • Hannan Firas >> Hannan=yg. pengasih,Yg. Penyayang+Firas = Kecerdikan, celik akal
  • Hannan Rahimi >> Hannan=yg. pengasih,Yg. Penyayang+Rahimi = Kesayanganku
  • Hannan Harith >> Hannan=yg. pengasih,Yg. Penyayang+Harith=Kuat, berusaha
  • Hannan Irfan >> Hannan=yg. pengasih,Yg. Penyayang+Irfan=Kebijaksanaan, kesyukuran
  • Hannan Zharif >> Hannan=yg. pengasih,Yg. Penyayang+Zharif=cerdik,terang

~~habis~~

(",) Hannan tukar jadi Hanif or Haris ok tak?

.

4 comments:

kasut-gombak said...

hye..

igt aku lg x?

ko dh nk kawen ek?

Anita, Mummy Adzryl said...

ehh.. kita seperti sama (skema kan sket ayat!) :P

kitorg pun dah fikir nama anak.. hahaha.. gatai noo.. and it'll start with ADZ..... gabungan my name & Fiance.. A & F.. =)

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Zaman millenium ni, nama anak pandek-pendek je. kalau boleh 2 suku kata je. Ringkas dan padat.

Bagi anak nama panjang-panjang pun tak guna sebab akhirnya dipanggil dengan panggilan "Mat", "Sya", "Is" atau "Din".

Satu lagi, buat susah budak tu tulis nama masa panjang-panjang waktu isi borang ngan jawab soalan exam je.

haniazrina83 said...

thanks ttb and btb :D nice ideas :D
aku sama fikiran dgn btb, bf aku sama fikiran dengan ttb. hehehhehe