Tuesday, November 15, 2011

Ikea : Item mesti ada

Aku pergi ikea selepas berhari-hari belek buku ikea yg lama-lama
paling suka buku ikea yg pertama sebab buku tu banyak letak harga untuk barang-barang kecik dan idea-idea deko dia cam efektif
ni la barang-barang yg aku beli lepas dah tulis dalam wish list aku


Antonius laundry bag with stand + 4 biji tayar
ni mak aku pesan suruh beli
memandang bakul ikea lipat dia da rosak
bakul pakcik antonius ni rm59, tayar seperate RM6.90
walaupun mahal tak hengat bakul ni sebab kan, ala bakul watpe memahal
tapi, bakul ni kemas je kalo letak tepi pintu bilik air
ada roda pun syok gak main tolak-tolak gi kat mesin basuh
laju je takyah angkut-angkut
dah le kaler itam ada penutup
sopan je duduk di tepi bilik air itewwww
yup, it is a good investment for one laundry bag
nak gak cakap omputeh skett..kasi can arr
kat rumah aku ada dua sebab...sebab?
aku malas basuh baju
basuh 2-3 trip je seminggu
aku takde la nak basuh 7 hari seminggu
walaupun pakai mesin

Stockholm tray
laki aku kata talam ni buruk
ye la aku tau la tak moden sangat suam suam kuku
sebab corak daun-daun berselirat tuh
tapi time tu itu je talam paling besar aku jumpa
nape aku nak talam besar?
sebab aku terbeli meja makan kaca hitam yg cepat berhabuk dan penuh cap jari 24 jam
kat kedai lawa je sampai aku berkenan meja tu,
kat crown balakong lelawa perabot die..
tambah lak mak aku pesan beli meja kaca
tambah lak kat majalah stylo je meja kaca
talam besar tu nak bubuh pinggan mangkuk lauk dan nasi
sebab bosan pakai coaster satu-satu setiap pinggan
nah amek kau coaster besar gedabak
ala macam konsep talam kenduri la
tapi talam ni corak dia sesuai la dgn meja hitam aku tu
bila balik rumah letak talam tu atas meja
aku berpuas hati dengan resultnya
kurang sikit sakit mataku inijadi, objektif tercapai
eh tadi check resit, baru aku perasan harga dia rm69! aiyo mahalnya..









flundra dish drainer
rm7.90 aku rasa murah la dok?
ada gak yg best2 kat carrefour dan jusco
tapi time tu aku tatau nape tak beli
nak beli tak beli
sebab rak pinggan kakak aku ada
tapi rak pinggan letak pinggan kering
pinggan basah nak tos takde
takmo beli besar-besar sebab nanti sink penuh
so memandangkan harga pun menggalakkan
ku capai jua drainer ni
bawak balik rumah
letak kat sink secara vertical instead of horizontal
pergh muat plak kat sink buruk aku ni
hahahah seronok
lebih ruang utk drain pinggan dan ada ruang untuk letak penapis lepas basuh botol susu
or ruang kosong tu leh letak papan potong if nak memotong tepi sink
kabinat dapo non ado
soba den soba
apo pon den pueh ati dongan pembelian den
























gratinera oven serving dish set of two
rm19.90 ja, nak dibandingkan dengan beli cap pyrex or cap2 lain yg ada kat jusco or sogo
ok wat ok wat wat wadddupppp
konon nak masak ayam golek or ikan bakar atas ni
so kuah tu tak tumpah ke dulang oven
dulang oven aku da berkerak gile
dulu pakai lapik aluminium foil bagai
now dah ade permanent solution la kire
ni semua sebab tengok afc channel banyak sangat
tengok chef at home la, french food at home, jamie oliver lagi, nigella lagi
sedap ke aku masak?
tak jugak....hahahha..
tu yg beli harga ekonomi tu
sebab teringin je
acah-acah mat labu je


















lampan table lamp
rm 9.50 weh murah berbanding tahun lepas
ni hadiah kawin kawan-kawan yg tak datang kenduri aku
tapi aku suke bagi hadiah
so aku bagi la hadiah ni
mentol rm8.90
so total 18.40
lampu ni sesuai bubuh kat bilik tido kalo ada baby
ye la baby tu nak minum pagi-pagi buta
takde la mengagau cari susu ke ape ke
tambah lagi bonus, aku iringi dengan doa aku supaya cepat-cepat dapat baby
kuasa tarikan, law of attraction okeh
minda aku kata ko dapat baby
minda korang pengantin nak baby
lampu tu environment yg mengalakkan wish utk dapat baby
lagi la galak dapat baby
tak ke hadiah yg paling best aku bagi ni?
perghh hebat ok
kalo sape tak pakai lampu aku tu mmg rugi beb
kalo kawan yg g kenduri aku, aku bagi bantal jean perry 2 ketul
lagi best sebab bantal tu gile berkualiti
bantal kekabu lelama berketul
bantal aku bg tu gebu je sedap tidur or peluk
tetamu-tetamu nak tido pun sedap
tambah parent dan parent mertua
rugi sape tak datang kenduri aku
aku bawak bantal tu kat kenduri diorang mmg mencapap gile la
besar okeh, staff yg balut hadiah tu mmg penat la selotapekan wrapper kat bantal 2 ketul tu
tapi ada yg tak sempat aku bz gile tak dapat shopping
aku beli la pyrex oven dish ka
gelas ka kira nasib gak
tapi aku mmg tak suke bagi sampah kat orang
kalo kite tak suke sampah
jangan bagi orang sampah ok
banyak pilihan
koman-koman, bagi ang pau
lepas la pengantin nak bayo hutang
so, lu pikir la sendiri
























retur waste sorting bin
rm39, atas bukti nampak depan mata
idea mak aku buat jadik tong sampah kat dapur rumah dia
efisyen habis
sebabnye bukak tutup senang
bahagian base ko boleh gantung dengan 2 hook or drill kat dinding
kalo bukak, tak tertutup balik sebab macam laci tapi bukak dia 45 darjah
kalo tutup, tolak je balik cam lacikemas je
takde la tutup hilang lasampah melekat kat penutup la
bila nak buang sampah
keluarkan bahagian laci je
bawak sampai depan rumah tanpa menitik air sampah
nak basuh senang sebab takde penutup,
ko basuh satu bahagian je iaitu laci je
i laik, mak aku pon laik, laki aku pon laik (sebab keje die buang sampah)
heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..











stam timer
rm7.90, nape aku beli? aku pon tak tau
menda ni comel aku geram
letak kat dapur
esok-esok (beberapa tahun lagi) maybe pakai kot
buah doh pizza ke, peram ape2 ke
yooooooolah tu!




















torva soft toy
rm25
murah nak banding dgn patung aku nak beli kat johor time jejalan hari tu
kat carrefour da terbeli bantal badak biru rm20
tapi lantak la ada dua
anak aku da setahun 8 bulan
cepatnye membesar
besar dari patung-patung die
besar dari bantal peluk dia
mak mertua lak tanya arissa takde patung nak peluk2 ka
aku pon cam ye tak ye gak
time tu aku cakap la ada banyak kat katil baby
tapi takde yg buat dia peluk2 sepanjang masa kalo travel
nampak lak carrot comel ni
bagi kat arissa suke lak dia peluk
bahagian tangan peluk kepala carrot
kaki peluk pinggang carrot
tomei gile ok
memuat je dia peluk

iklan sket, arissa ni putih kat muka
kaki lak gelap
aku tak tau dia ikut sapa sebab mak pak dia cerah kaki gelap muka
tapi maybe la sebab aku layan minum soya banyak gile time pregnant
tambah lak time aku preggy ada 2-3 org ni dok bayangkan anak aku camne
aku jawab je la tak tau
dalam hati diorang tatau la ape yg terdetik
ye la aku tak jelita sangat
gelap lak tu
ade yg kata nnt anak aku gelap cam satu kaum tu
mmg terasa beb
seb baik keluar cerah, mmg sapa kutuk2 tu sodar sket
aku pon doa banyak-banyak
siap beli majalan baby yg tercomel sekali banyak-banyak
time tu kuasa tarikan aku kat baby comel
gambar aku tengok semua baby comel
walaupun aku tau aku tak comel
tapi tu la kata Allah tu berkuasa
syukur la sangat-sangat
tapi aku tau la aku ada pimples kan
nanti da besar mayb la da tak secomel sekarang
tp tak kisah da besar biar pandai
comel tak comel leh mekap
tp kalo boleh aku doakan dia comel sampai bila-bila
nama pon aku pilih sebab aku suka tengok senior sekolah aku
da la pandai comel lak tuh
okeh nak doa lagi
doa sangat berkuasa
kita mesti percaya doa tu berkuasa
kalo tak caya, mmg tak jalan
doa wish kita dan sebab kenapa kita nak wish tu
bukan saja utk diri sendiri, tapi utk org lain
sebut nama org tu
be spesifik siap tahun bila bulan bila lagi mujarab
aku takde la alim, tapi aku percaya doa
melalui pengalaman aku beberapa kali
okeh da habis iklan





























trojka scissors set of 3
rm4.90, aku beli sebab tensi kena guna gunting dapur utk gunting benang
lepas tu aku lupa letak mana
nak masak lak jadi lambat
tu gunting kesayangan user aku hadiah time kawin sekali senduk sudip
macam penah nampak kat carrefour
aku suke gile gunting tu sbb mak aku dok kata gunting tu tajam
dia pon nak satu
susah nak cari la sbb aku tak tanya pon user aku beli mana
kaler biru
tajam nak siang-siang ayam or ikan besar
sekarang siang sotong, udang, ikan semua tibai pakai gunting
amek kau aku beli 3 ketul terus
sekarang gunting ada merata-rata (kat atas2 rak)
senang aku lepas ni
gunting la banyak mana nak gunting












































vackis alarm clock
rm4.90
jam kat katil rosak beli la satu
pastu tercapai lagi satu
satu letak kat tepi katil
satu letak kat dapur
sementara jumpa jam lawa nak letak kat dinding
boleh la













































rusch wall clock
jam dinding ikea putih rm3.30
beli tuk dept aku
rimas aku nak tulis attendance takde jam
aku dah le tak pakai jam tangan
jam yg ada takde jarum saat
lepas tu tak gerak-gerak lepas aku tukar bateri
geram sangat aku beli je jam baru
sedekah je
murah kan
berkat pun berkat
tempat letak pen tu aku yg buat
pen semua jatuh belakang kabinet besi itew
kabinet kecik yg banyak buku attendance
sungguh tak stylo
syarikat ah kau pun ada duit beli punch card
tapi aku tau sebab ape
manual jalan terbaik utk dept IT
ho yeah..
time-off dah dimansuhkan
pepandai la kau labu


























berus ni dah beli time-time lepas g ikea.
satu sink satu berus.
warna warni.
tak ingat harga berapa.
tapi murah la.






trolley ni nak beli.
tapi belum lagi.
konon nak tumbuk menumbuk pakai lesung batu kat atas ni.
sekarang buat atas lantai je.
kabinet ooo kabinet.
bila ntah nak beli kabinet dapur.
majalah id dah penuh rumah dah.
belinye idok lagi.
okeh tu je kawan-kawan.
nanti ade lagi barang beli, leh share-share.
saje hasut org lain beli.
kekekekekek.
aku kan promoter berjaya.













































Wednesday, November 9, 2011

TV : I Shouldn't Be Alive (National Geographic)











Yup, aku suka tgk tv. Semua cerita aku layan dari cerita melayu, tamil, iran, international, semua la. Cerita lembab sampai la cerita laju. So, aku nak citer pasal I Shouldn't Be Alive (National Geographic)




  • Tajuk yang efektif - ko tgk tajuk pun da tau cerita ni pasal orang yg survived dari satu-satu bencana or malang. Sepatutnya dia mati tapi tak mati sebab usaha-usaha diorang menyelamatkan diri or luck tetiba muncul kat situ on the dot. Malang diorang ni mmg tak logik akal la. Kalau org malaysia yg lemah semangat ni mmg susah nak hidup. Sure dah out dah.




  • Macam tengok movie - Setiap satu siri adalah cerita dari orang berbeza. Tak silap aku satu siri adalah 2 jam or satu jam tak ingat, sebab layan tengok sampai habis so aku tak perasan. Kira dah tahap ko tengok movie. Lakonan semula pun mmg pelakon yg pro macam pelakon filem. Kalo berdarah macam real, kalo tengah sedih, tengah psiko, tengah lemah, tengah down, terharu, gembira semua dilakonkan dengan baik sekali.




  • Cerita ni mmg best sebab berdasarkan kisah sebenar - Pelakon yg lakonkan semua kisah sebenar ni muka pon diorang pilih hampir nak sama, nak kasi feel okeh. Cara cerita ni pon best siap ada interview orang sebenar. Jadi ko tau cerita ni bukan citer tipu atau fitnah atau rekaan semata-mata. Orang yg interview tu sure emosi habis nak ceritakan kisah dier. Ye la dah benda tu jadik kat diorang. Memang la terkenang-kenang sampai bila-bila.




  • Pengalaman luar biasa - Hah ni yang layan ni. Ko bayangkan la pengalaman diorang sure tak tercapai akalmu.




  • ---- Ada sorang mamat ni kecoh p masuk amazon sorang-sorang. Tak ke gile namanya tu. Siap jumpa penjenayah dadah dalam hutan, tersesat, lari tengah malam naik sampan, bangun pagi ko sorang-sorang dalam hutan, siap kena gigit nyamuk sampai malaria, makanan tak ada, dah terpaksa bunuh anjing sendiri. Ha camne dia selamat? Seb baik ada orang asli jumpa dia, boleh pulak dia tak mati kena gigit nyamuk tu. Siap da terselamat boleh pulak travel tempat lain pulak.




  • ---- Ada plak mamat ni berburu sorang-sorang, sekali kena terkam dengan beruang besar, peha terkoyak ko leh pegang dan bukak tutup kulit tu sekeping, jalan la, mengesot la sekali jumpa orang, orang tu dukung turun bukit, berat gile, hujan pulak tu da malam, sekali jumpa khemah, ada doktor yg berburu gak, tak ke magik ade lak luck dia jumpa doc tu. org yg dukung dia tu siap bersungguh tolong die, gile la ada orang yg hati dia semurni mamat penolong tu.




  • ---- Ada plak satu geng ni terpaksa naik bot penyelamat macam bot pelampung ada bumbung kon tu. Makanan takde, air masin, ada yang luka da kena jangkitan, terapung kat laut yg takde penhujung, siap ada yg gile terus terjun laut sbb halusinasi lepas minum air masin banyak sangat, siap kena kepung dengan jerung. Last-last 2 je terselamat. Pergh gile arr.




  • ---- Ada plak tebusan mat salleh masa pemberontakan kmer rouge. Boleh plak mamat tu konfiden nak larikan diri dari pemberontak yg ada senapang bagai tuh. Siap leh discuss dgn ketua pemberontak tu. Seb baik dia tak tembak mamat tu macam dia tembak org lain. tidak sia-sia mati katak dalam hutan tebal tuh.




  • ---- Ada plak kapal terbang terhempas. Berbulan-bulan duduk kat salji. Siap makan cebisan daging manusia. Dengan bekalan yg pelik tu 2 org sukarela gi cari jalan keluar. Sekali ada petani jumpa. Petani tu pun terkejut boleh pulak ada orang hidup kat situ. Kerana 2 org tu, orang lain yg tunggu kat bangkai pesawat tu terselamat.




  • ---- Ada pulak 2 org masuk hutan amazon, tersesat la bagai. Siap jumpa 2 org yg mencurigakan, sekali terpisah. Sorang terselamat. Sorang lagi dok dalam hutan cari jalan keluar sampai da tak larat. Dia last-last terbaring tepi sungai balik kayu-kayu. Sekali member dia patah balik cari dia dgn sorang org asli naik rakit. Pusing banyak kali tak nampak. Last sekali da nak balik dah, tetiba rasa nak check belakang kayu. Pergh seb baik jumpa kawan dia tu. Memang magik aku rasa time tu. Haduiii aiii.




  • Pengajaran - Bila ko tengok je cerita-cerita pengalaman orang nih, ko akan automatik rasa bermotivasi, terharu dan pemikiran ko tentang hidup akan berubah secara total. Jangan mudah berputus asa. Hidup tu berharga. Usaha kena gigih. Jangan sambil lewa. Mental kena kuat. Kalo aku taip bebanyak pun bukan nyer terkesan kat korang. Ko tengok la sendiri, pikir sendiri then baru arr terkesan kat korang. So tak perlu la keluar duit p kursus motivasi ke kaunselor ke, sebab dengan pengalaman orang lain, kita boleh jadik inspired dan motivated. Pengalaman diorang nih memang sangat bagus. Ko ada? Tak dak kan? Kalo takde, p tengok citer ni.




Sekian.



Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kamera dah rosak. Sambil2 tunggu laki aku solat raya haji, aku main jap laptop opis dia ni. Jakun arrr tak penah pakai camera built-in...hohohoho...tertinggal bas aku ni....

Selamat hari raya haji...ok chow..laki da sampai....