Tuesday, August 10, 2010

Diari EBM aku : Siri 1

  1. Masa baby keluar ke dunia, HUKM susukan lactogen kat anak aku
  2. Then hari seterusnya baby aku minum air zamzam pakai stringe, sebab kitorang(aku,husband dan mak aku) tak nak bagi susu botol takut keliru puting. Masa yg sama, aku ada la bagi dia try menyusu. Cam ciput je. Cam tak keluar
  3. Then, Makcik indon urut breast aku, sakit gile tahap gaban punya moyang. Baru la ada keluar susu.
  4. Pastu bagi la menyusu dalam 2 minggu 3 minggu camtu. Masa tu nipple tak panjang, so beli la fake nipple tu cap Avent. Tapi aku slaahgunakan menda tu. Dari baby start isap sampai habis isap aku tak cabut2 menda alah tu. Terus dia keliru puting. Padan muka. Patutnya pakai masa permulaan je, bila dah panjang, cabutkan menda tu. Huhu. Baru baca kat internet last week.
  5. Breast aku bengkak dan ada matistis kerana aku ngantuk nak steril fake nipple tu
  6. Breast aku sakit seminggu lebih sampai aku demam. Aku ada tuam tapi leganya hanya sementara
  7. Akibat dah sakit tahap gaban, aku pun sempat test satu je breastpump iaitu cap Avent
  8. Memang pam tu best aku rasa berbanding pam pureen manual
  9. Last2 tak fikir panjang terus beli walaupun aku tau Spectra lagi glemer kat opis aku
  10. Pastu padan muka aku kena single pumping memanjang
  11. Pam Avent tu aku beli dalam 700 hengget bersama manual accessories dan bateri punya enjin. So pam aku leh la pakai dalam 3 mode : elektric, bateri or manual. Tapi bunyi bising. Tapi ringan utk dibawa kemana2.
  12. Anak aku officially dah keliru puting. Huhu.
  13. Aku tak sempat buat stok frozen EBM. Pernah la ada 7 botol pastu jadik 4 jadik 7 last2 habis terus
  14. So aku pam hari2 seperti berikut
    • Pagi, before gi kerja = 3oz * 3 botol = 9 oz
    • Lepas Lunch = 3oz * 2 botol = 6 oz
    • Lepas balik kerja = 3oz * 3 botol = 9 oz
    • TOTAL = 24 oz
  15. Tangki aku besar, so aku tak perlu pam kerap pun sebab dah try totalnya same je.
  16. So hari2 anak aku minum via botol (24oz EBM) + (3oz*4 botol susu Dutch Lady langkah 1)
  17. Anak aku ok je, cuma kurus sbb dia aktif. Kekadang je dia gemuk, pastu kurus balik
  18. Balik nanti aku nak tukar puting ikut umur dia yg dah lima bulan
  19. Selama 4 bulan hari tu, dia pakai puting 1 bulan dan 2 bulan sebab before ni dia suka isap susu pastu muak then luah semua susu yg dia minum
  20. Terbaru aku beli pumpin' pal iaitu handsfree tool utk pakai masa pam
  21. So tu je, nantikan siri 2 pulak

Adios , amigos