Thursday, March 26, 2009

Gaun pengantin?

aku jumpa link di dari blog orang lain..
hohoho menarik
korang should try sebelum tempah baju kawin korang

(sila right click, dan open in new window utk tgk gambar ni dekat2)

ini apa yg aku teringin pakai if aku free hair
(tak kan terjadi..in my dream only)

ini aku teringin nak pakai masa potong kek (bersama tudung)..
cun perrrr
td aku gemuk, jadi redha je pakai jubah
blom beli lagi sebab kedai dah tutup..
coz lewat satu jam
dah la g shah alam jejauh tu
sekali tak beli
aku sengal..

jubah merah hitam yg ikin mawi pakai dlm
majalah nona edisi pengantin tu cantiklah
tp sure designer yg buat
kekekekek...berangan aku ni!!!



~~~~

Thursday, March 19, 2009

Lilin Bilik Pengantin

Sepuluh juta kali aku belek lilin cantik kat kedai Lovely Lace...
Akibat aku rasa cam rugi nak beli lilin yg aku pakai sekejap je tu,
last2 aku wat sendiri...
pastu rasa cam ada tak cukup,
ape kah yg tak cukup kejadah itu??




yg candle paling tinggi tu cam ni cun ke?

OR

yg candle paling tinggi tu cam ni yg lebih cun ke?

aku keliru!!!



~~~~~

Rupa kasut kawin keinginan aku


ahahhahahah
banyaknya keinginan aku terhadap kasut...kekekek
gambar ni aku printscreen dari polyvore aku....

aku cadang nak cari kasut kawin kat
isetan klcc
or parkson klcc
or sg wang
or dios astana bridal
or ampang park

kekonon if murah, beli kasut satin warna kosong
then letak kerongsang sebijik setiap kasut

ntah..berangan je lebih aku ni...
aku cuma nak beli kasut satin berwarna pink
sebab nak padankan dgn tudung pink
coz kekonon konsepnya purple pink utk sanding
tp labuci baju aku purple kebiru2an
apekah???? baru terperasan
sengal gile.....
ntah2 aku pakai dari atas till bawah kaler purple

ade beran????



~~~~~~

Jubah stylo utk malam Potong Kek?

Kerana aset di dada aku besar
di tambah perut yg roi akibat makan tido tanpa henti
bersama sulaman air semasa makan,
aku tak boleh pakai gaun putih ala2 english utk majlis potong kek
tak boleh zip....kedai pengantin cuma ada stok
utk org dada kecik je merangkap org kurus
tambah pulak aku ni cam boyish2, cam malu nak pakai feminin
terlebih di depan sedara mara aku
cam rasa poyo (cewah..padahal da gemok...kakakah)

jubah biru ni
ada labuci di lengan dan di dada (pesal asik sebut dada ni),
dan longgar di perut
dan juga hujung lengan bercekak yg stylo
cam jubah ala2 desinger made...
tapi harap2 ada warna brown/gold/putih
coz nak recycle veil kakak ipar aku yg berwarna cream

aku nak beli..aku nak jugak!!!!
tp tak tau berapa harga..tak tau if cawangan butik Hajaba
dekat area kedai emy search ada or not!!!!
sabtu ni aku nak terjah!! aku tak kira!!

siapa tau brand n jenis bra apa yg boleh kecikkan ****k?
ade ke bra minimizer?? yg aku tau maximizer je...
if nipis, tak selamat plaks...

~~~~


Monday, March 16, 2009

Preview Baju Nikah & Kahwin


Aku beli kain dah siap ada labuci.
Then tempah dalam less than RM200 utk 2 baju.
Mak aku nak tambah2 sumthing bagi baju2 lg cun.
Mak aku mmg rajin. Cadang nak hadiahkan dia handbag or kasut or kedua2nya.
Kurung moden je. Pilihan selamat sebab aku dah mengembang.
Siapa ada petua diet????


~~~~

Sunday, March 15, 2009

Ape kejadahanya, sedaraku semua nak kawin???

Mula2 maaf if sedara aku terbaca blog ni. ni blog aku. ekspresi aku. aku tgh tensen. bila tensen, terlazer sket.
Aku tunang raya tahun lepas. dalam bulan disember/januari camtu aku dah confirmkan tarikh pada sedara mara aku yg aku akan kawin 5,6 dan 7 jun 2009.
Tapi, ape kejadahnya sedaraku semua nak kawin??? semua tarikh dekat2 dgn kenduri aku??

ok, cerita pertama
weekend aritu baju aku dah siap dan aku g confirmkan in details pasal pelamin aku.
beberapa minggu lepas aku dapat tau sepupu aku
nak tunang minggu depan. ok fine
then skali dia nak kawin 2 minggu sebelum aku kawin.
What the??? mak aku frust sesangat coz takut sedara mara dah penat, nanti takde feel nak mai kenduri aku. bengang. nak marah tapi sedara, baik pun baik.
tapi aku tak paham sepupu aku tu baru putus tunang, then nak kawin dgn org baru kenal.
merangkap me-efectkan kemeriahan kenduri aku...
mmg frust!!

cerita kedua,
pakcik aku yg duduk sama taman perumahan dgn mak aku pun nak balik kg bini dia kerana anak sedara dia belah sana nak kawin. ...huisssh frust lg
sedara jauh susah nak dtg
sedara dekat pun susah nak dtg
whaaaaaaaat!!!

cerita ketiga,
family adik mak aku mendapat berita beberapa minggu lepas jg yg anak sedara sebelah suami dia pun nak kawin 5, 6 dan 7 jun 2009.
dah le mak aku kamceng dgn adik dia. sekali family adik dia kena skip few hours time aku sanding nanti. nikah dan bertandang diorang kata diorang pegi. tapi time aku majlis sanding diorang lambat sket coz escape kejap g kenduri belah sana.
adik mak aku bersama suami n anak2 dia mmg kamceng dgn family aku. tp diorang terpaksa la jg g kenduri sedara lg sorang tu walaupun inform last minute.
aku tak salahkan makcik aku.
aku salahkan anak sedara dia yg sebelah suami dia tu.
tak check, tak tanya sekali baru nak inform.
aku mmg mengalami tahap kebengangan yg melampau.
frust.frust.frust

cerita ke-empat,
geng pegi kelas masa kat U dulu pun nak kawin tarikh 5,6,7 jun 09
aku chop dulu...why? oh why????

aku menci cuti sekolah. semua org takde coz g kenduri org lain.
aku takut kenduri aku juzz dgr bunyi cengkerik je nanti...sunyi takde org..
huhuhuhhu
waaaaaaaa!!!!

tak kan aku nak tukar tarikh lain??? semua dah book dah byr deposit. lgpun lepas tu puasa..tak kan aku nak kawin taun depan...nanti berebut dgn sedara lain plak.

kesimpulan,
in future, kawin masa bukan cuti sekolah. kawinlah pada weekend hari biasa.
nuff said.


Sunday, March 1, 2009

Tagged by Hanisakura, 6th Photo in 6th Folder


periuk corningware bercorak bunga ros
beli kat langkawi..bila compare dgn supermarket kat kl
rupanya kat langkawi tu kira separuh harga
phewww...
tapi ni gambar periuk orang lain
aku beli atas hasutan mak aku
utk persediaan lepas kawin
senang utk masak lemak putih or kuning,
tom yam or sup or apa saja yg bergulai
tahan lasak, boleh masak atas dapur, oven or microwave
dishwasher safe, boleh masuk peti sejuk
pengendalian suhu yg bagus
cantik dan berjenama
hahahhahahahahhahahha


~~~~