Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Thursday, July 15, 2010

Implanon~Merancang keluarga max 3 tahun

Ape kejadahnya implanon?

Inilah implanon gadget perancang keluarga untuk tempoh max 3 tahun.
Berupa seperti gambaq kat bawah ni.
Sekecik batang mancis.

Kenapa aku pakai implanon?

1. Sebab aku tak sedia nak beranak lagi.
2. Mak aku suruh.
3. Kita tak tau apa akan jadi bila bersama.
4. Aku pelupa if perancangan keluarga yg perlukan jadual harian/bulanan
5. Peratusan utk pregnant lagi adalah 99%
6. Checkup hanya setahun sekali
7. Isteri kepada kawan husband aku pakai, OK je
8. Masa kat HUKM, doktor tu pun cam promote menda ni lebih sket.
9. Tak sakit
10. Letak kat tangan dan bukan kat tuttuttutututututtttttt...


Ada side effect ke?

Ada. Sila rujuk website kat bawah post ini.
Contohnya sekarang aku rasa selsema, emosi dan pening kepala.
Pasal tu aku tulis post yg sebelum ni.
Sekarang aku ada alasan bila aku emo.
Hiarkh!! Wachaa!! Yebba2!!

Align CenterSteps to insert Implanon yg aku gunakan

1. Pergi cawangan klinik LPPKN, tak perlu appoinment pun, datang je on the dot
>> daftar RM20 dan bayar seketul Implanon RM300
2. Bius >> Rasa cam gigit semut cam bius yang slalu kita rasa tu
3. Suntik implanon >> rasa takde ape2 >>
4. Boleh gi opis cam biasa >> tak layak dapat MC pun, huhuhu!!!
Akan ada lebam dalam masa 2 minggu, itu bagi aku la. Vary ikut orang
Kesan lebam hilang
Pastu just ada parut satu dot sebesar diameter hujung mancis
dan bila sentuh, rasa la implanon sebatang bawah kulit.
Rasa sakit lebam dah tiada.


Sila rujuk website ini :

www.implanon-usa.com
(ada compare chart dgn kaedah perancangan keluarga yg lain dan boleh download or print nota)

www.lppkn.gov.my
(untuk cari alamat cawangan klinik LPPKN yg terdekat)
Klinik ni cantik, staff mesra & lemah lembut dan harga berpatutan
Juga sediakan consultation pasal sakit2 perempuan yg lain
macam breast cancer, kanser rahim and etc
juga boleh buat pap smear kat sini


Selamat menyelamatkan badan anda!!!
Lelaki tak paham apa yg kita lalui...
Belalah badan sendiri..
Hohoho..!!


Thursday, May 20, 2010

Cerita deliver baby Arissa

  • Aku bertambah berat badan dalam 20 kg++ sebab makan banyak dan minum ais setiap hari
  • Aku overdue seminggu lebih sebab cuti awal sangat dan terlebih berehat di rumah
  • Aku turun darah sikit, g hospital nurse rileks je soh balik sebab takde contraction lagi
  • Malam tu jugak mak aku ajak jalan kat klcc sampai aku sakit kaki
  • Jam 5 pagi aku contraction tahap gaban sakit gile sampai tak larat nak g mandi
  • Aku makan bihun rasa pedas sgt. aku makan seciput je.
  • Aku decide g hospital jam 10 am. Lama gile aku tahan sakit kat umah.
  • Sampai hospital, aku peluk bantal tahan sakit aku yg melampau tu.
  • Doktor seluk pertama kali. Aku menjerit cam orang gile seh...doktor soh amik epidural!!
  • Doktor pecahkan air ketuban dan rupanya baby dah berak dlm belon aku.
  • Pastu aku masuk labour room dan menahan sakit sampai petang
  • Epidural aku tak cukup sebab sakit aku ada lagi, kena tambah dos di lewat petang
  • Aku sakit di belah kanan rahim, aku bgtau nurse dan doktor
  • Rupanya diorang tak bagitau yg baby terbelit tali pusat, kepala di kanan rahim aku. Maybe nak elak aku panik dan susah teran
  • Laki aku teman sepanjang dalam bilik tu sambil bagi aku air, pegang tangan aku bila sakit contraction dan bagi aku gas utk disedut
  • Aku kencing byk sebab minum air banyak. Kencing pakai tiub seh..
  • Ramai staff masuk tgk aku sebab aku last utk sesi siang hari. Mmg malu dah takde dah.
  • Seb baik aku teran dgn betul. Aku buat sungguh2 sbb nak elak vakum, takut baby kepala lonjong. Nurse pun bg galakan dan pujian supaya aku lebih bersemangat.
  • Doktor tu dgn rileksnya menyambut baby aku yg terbelit tali pusat tu.
  • Baby pun lahir jam 7.55 pm. Lama gile sampai aku penat takde tenaga. Baby Arissa sangat tabah dan berazam utk jumpa dgn mama die =D Huhu terharu!!
  • Masa jahit2 rasa cam lama. Rupanya jahit berlapis2. Sabar je la.
  • Pastu diorang bagi aku makan dan rehat lama2 dlm labour room.
  • Malam baru jumpa family aku dan jugak baby.
  • Nurse yg jaga baby aku sampai pagi. Siap bagi susu tepung.
  • Aku dah le tak reti jaga baby. Aku usap2 baby sikit ala2 kekok.
  • Dah abis, len kali aku cerita pasal susukan baby plak.
  • Jap, baca ni. Kes tali pusat terbelit aku :
    • Masin mulut mak long aku cakap yg pakai tudung terbelit2 kat leher, nanti baby terbelit tali pusat. So guys, masa ngandung jgn belit apa2 hiasan kat leher dan pakai la tudung ikin tu, sarung je zasss.
    • Bibik indon urut aku kata if terbelit tali pusat, baby tu maniiiiiiis selalu, macam manis org pakai rantai kat leher, manis dipandang, org pun suke...i lioke u bibik!! pandai bibik bodek aku, marketing nampak..nak promote urutan die la tu.
    • Selalunya masa tu kepala baby dah enganged. So tak leh C-sec. Bila teran jangan panik, teran seadanya bila doktor suruh. Pakai je epidural tu. Tak yah seksa diri.
    • Aku rasa baby aku ke kanan sebab sepanjang tunggu due date bersalin, aku tidur mengiring ke kanan. Cube korang tidor telentang, mayb ok kot.
    • Tapi aku scan sehari sebelum deliver, ok jer. Tak nampak pun tali pusat kat leher die.

Tuesday, February 16, 2010

3 minggu sebelum due date


3 minggu sebelum due date bersalin aku....2 Mac 2010

16 feb 2010
terbeli sarang burung
terima kaceh suamiku..
dah dah...sambung cerita lain



Segala nenek SALE dah habis...
16 feb 2010
kitorang beli 4 levels adjustable car seat newborn/toddler
kat Jusco maluri
cap sweet cherry
kat jusco RM329
kat official website RM469
memula nak beli yg macam bakul tu
pastu kakak promoter galakkan kitorang beli yg ni
kerusi ni leh ditegakkan dan dibaringkan
gambar ni mode baring utk new born
if tegak, toddler leh pakai
kekonon beli tuk bawak baby dari kl tu kg aku kat sri manjung, perak nanti
tapi promoter kata lepas pantang leh la pakai
if baru lahir, baby kan delicate lagi
ntahnye..tapi kitorang dah terbayar
lantak le..ngeh3x






16 feb 2010
aku terjumpa gambar anak sedara aku kat blog adik aku
lama gile aku tak jumpe dia..
nama dia Hayfa Zulaikha
die suke senyum seperti di bawah
rambut baru cukur



15 feb 2010
lepas bercuti CNY kat umah mertua
tetiba dlm kereta teringat die
pastu tetiba nak nangis
pastu aku tahan
oooh...emo seorang perempuan mengandung
padahal aku tak suka dukung or cium baby
jaga baby jauh sekali...aku mmg mengelak bab2 baby ni
ntah...poyo siot aku ni
pastu tetiba rasa homesick yg melampau-lampau
pastu nangis
pastu makan coklat...
apa da...emosi tak stabil



14 feb 2010
ni plak anak sedara laki aku
kiri = auni syafiah
kanan = amni maisarah
dua-dua comel, lahir dalam tahun yg sama
dua-dua aku tak dukung sebab tak reti
aku suke tgk je la...


baby aku nanti camne agaknye?
scan nampak perempuan...
so selalu sembang2 panggil nama baby Arissa
lepak dulu ek Arissa.....
tunggu opah Hamidah datang KL ok...

perut aku dah memboyot
lemak semakin banyak
tak lena tidur malam
kena kandang bantal kiri dan kanan
siang Arissa tidur
malam Arissa tendang
rasa ngilu2
camne nak g kerja lagi 3 hari ni?
nak cuti awal seminggu sbb dah tak larat..
suspend astu hal lagi..
ohohohoho
dup dap dup dap...

doakan aku ya semua!!!!!


~~~

Monday, December 7, 2009

Finalize nama anak


~~~

Suami aku yg cari banyak nama baby
Aku setuju yg dua ni....
nama yg aku pilih dulu panjang sgt..




If baby girl :
Arissa >> Azam, kuat



If baby boy:
Arsyad >>Yang sangat cerdik



~~~~

Shopping barang2 bersalin


Pertama-tama, mestila aku tunjuk gambar aku yang tengah mengandung ni..
time ni masa dinner kat opis aku...tema black n white
dress ni stretchable di bahagian belakang badan
so muat la perut aku sumbat dalam baju ni


ok now boleh start pasal menda2 aku shopping utk baby
aku mmg tunggu Y.E.S
sebab tiap2 time krismas..semua benda akan sale
ada 2 sebab :
1. sebab time ni org suke nak bagi hadiah
2. sebab kedai nak habiskan stok dan design2 lama

Memula aku g jusco maluri masa member card sale
orang ramai cam semut
pastu aku pulak tak sure nak start beli apa utk
persediaan bersalin...
last2 aku beli :
3 pasang baju dgn size new born warna putih
toiletteries
new born drypers dan wet tissue
sarung tgn n kaki
barut baby
sikat
towel
face towel
hooded blanket

pastu kat jusco midvalley aku beli :
3 pasang baju bersaiz 6-12 months berwarna warni
botol susu new born cap avent jenis prevent colic
set topi, sarung tgn n kaki
bra pad
lagi satu hooded blanket
pad overnight utk aku

aku scan baby masa 2 bulan, 4 bulan dan 7 bulan...
tak dapat nak tgk jantina..
dah 7 bulan badan baby dah besar
peha dia menhalang scanner dari tgk organ jantina dia
so kira suprise la
masa 4 bulan dulu dia berenang2 dalam belon
dgn aktifnya sampai tak nampak view dari sisi pulak
walaupun tak tau jantina
aku berjaya gak cari baju yg universal utk
baby aku...iaitu seperti berikut


baju under the sea
cap pigeon


aku beli short sleeve

baju itik comel
cap Annakku

short sleeve jugak
baju corak kosong dan seluar ada byk itik comel


baju long sleeve beruang
cap TollyJoy


ini beg utk aku letak barang2 baby
mak aku hadiahkan
dia beli kat Thailand kedai Naraya
thanks mak =D


ini la baju new born tu
semua putih
2 long sleeve dan satu jumper


utk bawa g hospital, aku bungkus 3 baju ni dgn satu blanket


ni barang2 baby yg aku beli


dan ini jugak


dan ini yg aku beli
semua purple lavender
senang nak bagi baby tidur

aku suka sikat cap TollyJoy
sungguh lembut dan selesa


sumbat semua dalam bekas
bekas ni cap Annakku
aku beli masa zaman U dulu
kekonon syok la mandi pakai sabun baby
sampai sekarang aku simpan bekas ni




~~~

Saturday, July 25, 2009

Mengandungkah aku???

Aku tak period2 sejak b4 kawin hari tu....
patut hujung june aku period..
tp aku tak period...
Mula2 aku rasa cam sembelit..susah berak..
Pastu rasa perut tak best giler...
Aku ingat sebab aku salah makan keropok lekor ke..
Buat pertama kali mak aku belanja makan ayam penyet..
Aku makan ciputt gilerrr...
Adik aku tegur perut aku buncit
Tapi aku cakap perut aku buncit sebab sembelit...
lgpun mmg perut aku roi pun..hohoho...
Pastu few days pastu aku tetiba ajak laki aku
beli pregnancy test kit kat tesco
memula malu giler kat cashier
ntah la..padahal dah kawin
Aku buat pregnancy test sendirik kat rumah...
sekali cepat giler garisan kedua muncul...
test kit tu kata aku pregnant...

aku tak bgtau sesapa...kuang2x
kerana malu aku pregnant boleh kata awal la
aku budak baru belajar....camne leh pregnant nih???
pastu aku cam tak berapa sedia nak jadik mak
aku ni cam kanak2 ribena je
walaupun umur aku dah 26++..
pegang baby pun takde selera...
bebudak yg dah tadika ke atas je aku rajin layan

pastu aku bgtau mak aku dan sms adik beradik
aku tak cerita panjang pun
aku takde mood
aku mengalami gejala pregnant yg teruk
hari2 tak kira pagi or petang
aku loya gile...pernah muntah..tp tak byk..ciput2 air liur je...
hidung aku yg tersumbat selalu ni menjadik sensitif giler..
memula rasa nak makan laksa yg masam2
laksa asam kluang station kat tesco ampang
berjaya menghilangkan loya aku
aku makan la asam, mempelam, air limau, bla2
then next weeknya mulut aku jadik masam gile
aku makan kinder bueno or minum milo pun
aku rasa masam akhirnya..
pastu rasa penat tak tau nak cakap
time kat rumah aku baring cam org takde tulang belakang
pastu aku duduk..
tp duduk tak larat
aku baring balik...
pastu aku ni suka makan
bila time ni aku makan ciput giler...separuh dari dulu or suku
or kadang2 takde selera aku tak tau nak makan apa
tapi aku lapar n takde tenaga
then aku rasa pelik nape aku macam ni
aku g popular carik buku
buku pregnancy mahal melampau RM70++
pastu dlm bahasa inggeris plak
sure tak paham..
last2 laki aku terjumpa buku murah harga RM7.80
tp buku tu mmg berharga
mmg menerangkan gejala2 yg aku alami
dlm tu tulis max 3 bulan = trisemester pertama
mampus aku wei...camne ni
aku lapor nak makan
tapi takleh makan
now aku tak masak sangat kat rumah
beli je sebab aku pening bau minyak goreng2
semua bau aku tak minat...
sekarang aku cam nak g ladang lavender
nak g bau lavender sampai tidor...
worrr aku penat dan tensen....
aku rasa baby tu kecik lg
tp aku letih cam aku tatau nak cakap ape..
huarghhhh penat!!!!
sabo je la!!!



~~~~~~~~~~


suatu hari nanti aku nak jadi makcik megandung yg dressing camni..
hohohoho takde duit sehhh!!!!
in my dream je la!!

Thursday, June 26, 2008

Nama anak aku?

Aku sebenarnya dalam dilemma samada :




  • nak bubuh nama anak start huruf A (mengikut petua - sila rujuk post sebelumnya)
  • atau nak bubuh nama anak start huruf H (sebab nama aku huruf H)
  • atau bubuh nama anak start dari gabungan nama aku n bakal suami (Adnan + Azrina = Adz........ di mana dalam huruf arab, jadik huruf 'zho'/'zal'/'zai'.....aku sendirik konpius)
  • atau gabungan Hani dan Adnan..jadik Hanan. Amacam? Untuk nama depan, nama belakang lain-lain.
  • atau bagi nama anak yang pendek dan susah orang nak nick kan nama tu supaya orang panggil anak aku dengan nama penuh, contoh fairus....orang jarang panggil 'fai' atau 'rus' kerana orang sure panggil 'fairus' atau 'mimi'.....sure orang panggil 'mimi' jugak

But confirm aku pilih yang ada maksud dalam bahasa Arab, sebab aku frust nama aku takda maksud Arab.

Hani? Hanif adalah maksud. Hani' ada maksud (Orang yang berbahagia; pembantu; menyenangkan).

Azrina? Kim salam, aku dah cari memang takda.

Tapi nama Hani Azrina memang la sedap. Itu aku tak nafikan. chewaaaah....perasan.

So, below nama-nama yang aku rasa ada potensi :

  • Adam (nama nabi, ikutan, teladan)
  • Hanif (yang berpegang teguh pada Islam, yang lurus, Bersih suci)
  • Hana (Kegembiraan; kebahagiaan)
  • Hannah (Kasih sayang)
  • Arissa (sedap dan macam cun. ada ke maksud? tak sure)
  • Aliah (nama ni macam stylo. Yang Tinggi)
  • Alya (Ketinggian)
  • Haidar (pemberani. teringat nama tengku haidar cerita sinderella tu. hehehe)
  • Hadi (Yang memberi petunjuk; leher; singa. Yang Kaya. Yang memimpin)
  • Hannan (yang pengasih, Yang Penyayang)
  • Hanan (Bertimbang rasa)
  • Anisah (Kacak/comel)
  • Azfar (Yang berjaya, yang menang)
  • Asfa (Yang suci)
  • Arfa (Yang tinggi, mulia)
  • Arfan (Mengetahui)
  • Arman (Harapan, aspirasi)
  • Anis (Yang mesra, teman setia)
  • Anas (Kemesraan, cinta, kasih)
  • Amani (Kesejahteraanku)
  • Ammar (Yang memakmurkan, yang kuat iman)
  • Hanania (Dikasihi Allah)
  • Hanis (Berani, warak)
  • Haris (Pengawal, pelindung)
  • Harith (Kuat, berusaha)
  • Adriana (Nisbah)
  • Hafni (Nisbah)

dalam banyak-banyak aku suka 'Hana' dan 'Adam' sebab pendek, ala-ala international tapi ada maksud dalam bahasa Arab. Or maybe ada 2 words utk satu nama. Hmm lagi fleksibel aku nak pilih contohnya Hana Arissa. pergh sedap tuh.

ni panduan yg aku jumpa yg ada mention nama yg harus dielakkan :

http://abuumair1.wordpress.com/2008/06/09/panduan-memberi-nama-anak/

dan

http://www.darulnuman.com/mhikmah/nama/terlarang.html

ni pula ada link untuk download nama-nama anak dalam islam :

http://www.media-islam.or.id/2008/02/01/memberi-nama-bayi-anak-secara-islami/

ni link nama anak yg banyak from a to z utk lelaki

http://www.darulnuman.com/mhikmah/nama/lelaki/index.html

ni link nama anak perempuan from a to z

http://hanggawan.wordpress.com/2008/01/26/nama-nama-anak-perempuan-dalam-islam/

note : jangan rosakkan hidup anak anda dengan nama yang pelik-pelik

so ni pulak nama 2 wording yg aku rasa berpotensi :

  • Hana Damia >> Hana=Kegembiraan; kebahagiaan + Damia= Kebijakan
  • Hana Dayani >> Hana=Kegembiraan; kebahagiaan + Dayani = Patuh, taat
  • Hana Sakina >> Hana=Kegembiraan; kebahagiaan + Sakina= Lembut, hening, tenang
  • Hana Raisha >> Hana=Kegembiraan; kebahagiaan + Raisha = Pemimpin
  • Hana Nabila >> Hana=Kegembiraan; kebahagiaan + Nabila = Ningrat, mulia, luhur
  • Hana Jamila >> Hana=Kegembiraan; kebahagiaan + Jamila, Jamilah = Cantik

  • Hannan Firas >> Hannan=yg. pengasih,Yg. Penyayang+Firas = Kecerdikan, celik akal
  • Hannan Rahimi >> Hannan=yg. pengasih,Yg. Penyayang+Rahimi = Kesayanganku
  • Hannan Harith >> Hannan=yg. pengasih,Yg. Penyayang+Harith=Kuat, berusaha
  • Hannan Irfan >> Hannan=yg. pengasih,Yg. Penyayang+Irfan=Kebijaksanaan, kesyukuran
  • Hannan Zharif >> Hannan=yg. pengasih,Yg. Penyayang+Zharif=cerdik,terang

~~habis~~

(",) Hannan tukar jadi Hanif or Haris ok tak?

.