Tuesday, July 8, 2008

Masa berkualiti bersama bakal suamiku 1

Aku dan bakal suami jarang-jarang meluangkan masa berkualiti. Masa berkualiti yg aku maksudkan ialah meluangkan masa pergi ke tempat2 yg agak istimewa sambil menghargai perhubungan kitorang yg poyo ini disamping menimba pengetahuan/pengalaman baru dari aktiviti tersebut.

Selalunya kami berdua akan pergi ke Tesco Ampang, kedai mamak, klcc, jusco maluri, kedai kakak cantik, kedai makan tepi mrr2 ataupun ke taman tasik titiwangsa untuk menyihatkan diri di pagi Ahad atau pergi ke konsert2 percuma anjuran syarikat telekomunikasi. Kami tidak bosan sama sekali. walaupun tempat2 ini biasa, tetapi yg penting kami gembira dan bergaduh dan berdiva poyo bersama-sama supaya hati kami berdua tidak terasa kosong dan dompet kami tidak kosong. Maklumlah nak kumpul duit nak kahwin.

Jumaat ini kekasihku Adnan menjemputku ke persembahan teater muzikal. Elok pulak notis berenti aku akan habis pada hari yg sama. Kami berdua tak pernah pergi tempat sebegini bersama. Aku pernah pergi dengan kakak aku. Menarik juga. Untuk pergi ke teater, ada etika berpakaian yg wajib dipatuhi, atau jika tidak, kamu akan dihalau sekaligus akan merasa hampeh sebab dah berangan2 utk tengok, tapi tak dapat masuk.
Jadi, seperti gambar di bawah, ini apa yang aku rancang untuk pakai. Abaikan cekak hitam itu dan aksesori yg lain. Aku bertudung. Itu hanya hiasan. Ini hanya gambaran, jenamanya tak sama. Yang penting aku pakai vest hitam berbelang halus dengan baju merah beserta slack dan kasut wedges hitam bertutup dan tak lupa beg tangan monogram. Ya, aku tiada pilihan. Baju aku semuanya tidak bergaya seperti apa yg aku selalu bayangkan dalam minda aku.



Ini informasi yang lebih tepat tentang etika menonton teater





Eh, tunggu sekejap. Aku tidak ke Dewan Filharmonik Petronas, KLCC (Menara KLCC). Tetapi ke Plenary Hall, KLCC (KL Convention Centre). Damn! Aku blur. Aku tersalah bayangkan tempat nak tengok teater muzikal tu. Dan jumpa ini :

http://www.klcc.com.my/KLCCWeb/KLCCWeb.nsf/7d51e1ff88aa462a48256cfd002d7b82/6b6aae820a528e2a48256cfd00339889?OpenDocument

Then ini gambar sebenar dewan tersebut. Wow! Besarnya!! Macam mana tanah sejemput tepi klcc ni jadi besar pulak??? Memang tak perasan sebelum ni.

http://www.malaysiahotelreview.com/kuala-lumpur/destination/kl-convention-centre/07.shtml

dan ini

http://knizam.com/blogging-from-plenary-hall-klcc/


Apekah keputusan aku untuk memakai pakaian di atas akan melepasi halangan penjaga tiket teater itu nanti?Ataupun aku akan memakai topeng power rangers kerana malu dihalau penjaga tiket? Tunggguuuuuu........Layan zassss!!!

~~Fin~~

Thursday, July 3, 2008

Bakal isteri orang yg membuang masa 2

Ketagihan polyvore melanda lagi....seronoknya window shopping...hehehehe beli tak nak la pulak :P

~~~


Urban Hollow Wedding




Pink Gossip Girl




Honeymoon In Bali













Bakal isteri orang yg membuang masa

Gua bosan, so gua main-main dengan polyvore.com. macam main patung kertas dowh. hehehhehe
bagus juga ada site macam ni. tak payah aku shopping. main-main je kat sini. if aku tak 'bosan', maybe aku pakai kejadah kat bawah ni. tapi aku memilih untuk tidak. pakai kat umah je la jawabnya. pergh ayat macam awek arab yg slalu shopping kat KLCC la plak.
~~~
if gua western, ntah2 jadik cam kat bawah ni kot. ketagih la plak main polyvore ni...damn! gile buang masa pilih2 barang-barang ni...paling suka cincin dan kasut, elegan habis bagi aku.
klik gambar kecik ni ni utk besarkan gambar


ni plak gua semalam tengok Style Her Famous kat 8tv. minah tu badan sedap2 terdedah, skali jay soh pakai crop jacket dengan white sepeargeti(sengaja aku salahkan ejaan dia).
mat jay tu tukar style minah tu dari 'porn'ish sexy kepada classy sexy. eksesori aku tambah sendiri skali dengan kasut tuh. paling suka cincin dan purse. cun kan?


ni plak aku try kaler ijau. memula aku pilih kasut. kasut ijau wedges ni tersangat la kiut miut. so aku padankan la baju yg sesuai. rantai epal ijau tu pun kiut. ala-ala sweet seperti epal la tu konon. pastu cekak bunga tu konon2 comel la. ewah-ewah.






polyvore.com tu sebenarnya galakkan korang belek2 barang yg diiklankan. die bg pinjam kat korang pics barang2 tu so korang leh create look sendiri. bagus gak ek. bila dah minat, klik kat link kedai yg jual barang2 tu. zaman sekarang memacam site orang buat. aku pun nak buat satu nanti. dah ada idea. tp rahsia la, takut org tiru. gua nak join venture dengan laki gua...

~~~


pastu jumpa blog awek yg sangat pandai memilih baju ni..semua baju dia cantik. macam butik pun ada koleksi dia ni. banyak gila. hari-hari lain. aku penah jumpa byk blog macam dia ni. tapi inilah yg aku rasa realistik sikit. yg lain tu macam fashion victim pon ada jugak. weksss.






Wednesday, July 2, 2008

Give and Take tips for isteri bekerjaya

Here i found a nice blog with a nice tips for married couple esp. if isteri tu keje jugak.

http://light-n-easy.blogspot.com/2008/06/give-and-take-key-to-happiness-marriage.html

kalau aku kawin, aku akan jadik isteri bekerjaya. Thus, aku perlukan tips2 sebegini.
ya la...if suri rumah takpe, buat je semua benda dalam rumah. But sekarang ni ramai isteri yg bekerja dan menyumbang pendapatan keluarga. Jadi sama-sama penat bekerja, sama-sama bagi duit, sama-samalah jaga dan uruskan rumah. Isteri bukannya robot tau. If nak isteri yg perfect, pegi la masuk ke alam Stepford Wives (aku tak ingat nama tepatnya. ye ke aku tulis ni?)

aku macam tak faham jika zaman sekarang ada suami yg berfikiran sempit biarkan isteri macam kuli. biar semua isteri yg buat kerja rumah, pastu kena kerja kat opis lagi, jaga anak-anak pastu slumber minta nafkah batin hari-hari tanpa fikirkan kepenatan isteri macam drama yg kita slalu tgk dlm tv. ada lagi ke lelaki macam tu? tu bukan cinta namanya. itu namanya pentingkan diri sendiri dengan membayar duit hantaran supaya ada orang gaji seumur hidup.

but, memang dah ramai lelaki melayu yg open-minded dan sporting. syukur sangat2.

dan ada juga isteri yg pemalas. memang tak boleh blah. memang tak salah if ada time kita malas. tapi jangan la biarkan hari-hari rumah macam tongkang pecah, tak pernah masak, bilik air dah penuh daki. macam mana nak hidup dalam rumah macam ni? geli lah! if sehari dua bersepah tak apa. if dah sepanjang tahun, adakah rumah itu akan digelar 'rumahku syurgaku' ?

walaupun suami ada tolong, tapi isteri kena la lebih lagi usaha dalam menguruskan rumah. tambah pula sekarang banyak alat elektrik dan tool2 lain yg boleh memudahkan kerja seorang supermom/superwife. chaiayooo!!!!

note :
aku tulis poyo2 ni sebab aku harap, semoga ayat-ayat aku ni jadi guide untuk aku lepas kahwin nanti. at least ada target supaya aku tak jadi isteri pemalas.


~~fin~~

Tuesday, July 1, 2008

Best Bali Trip From Bloggers View

Aku try survey trip2 Bali dalam internet. Banyak sangat. Lastly aku rasa lebih baik lihat blog2 di bawah ni. Aku dah baca satu2 dan semuanya ada banyak pics yg best serta cadangan tempat beserta harga yg diorang bayar utk aktiviti2 diorang. Plus, bole share perasaan diorang skali.

Ada blog2 yg bahagikan trip Bali diorang ikut part 1, 2, 3 etc. so bayangkan la betapa banyaknya ke'best'an Bali ni sampai diorang rajin nak tulis so that diorang dapat share dgn pembaca diorang.

Dengan pengalaman diorang ni, kita dapat tahu tempat mana yg selamat dan sesuai dengan citarasa kita. Aku ni tengah buat research2 la, nak tengok berbaloi ke g Bali nih. Tengok dari pics blogger ni, macam best jer...rasa nak pegi tu lagi bertambah2. Ape kaitan dgn konsep blog aku? Post ni utk diorang yg research pasal honeymoon to Bali la.

To the related bloggers below, sorry tak inform, but I just want to share wif more people how great ur blogs are :D

if dalam malaysia, mana tempat yg eksotik ek? teringin aku nak tahu...sesape ade cadangan?

~~fin~~

Gambar sebelah Kak Linda (Tunang abg aku)

Cool juga pics2 yg diambil utk pertunangan Abang aku oleh jurugambar yg dipilih oleh Kak Linda. Klik link di bawah :


http://www.mhkstudio.com/gallery/HadiHaslinda/


Ala-ala storyboard. Sebelah kitorang pulak, ala-ala family type nyer shots yg ditangkap oleh kakak aku. So aku dapat menikmati pics2 pertunangan Abang aku dalam view yg berbeza la.

So, lu pikir sendiri yg mana lu prefer sbg guide utk fotografi korang nanti.

~~fin~~

Mari melancong

Hmmmm, aku rasa....sebelum kahwin, aku nak try g Bandung or Bali dengan kawan aku. Shopping2 ala-ala anak dara. Hehehehhe.....

Sesapa ada nak promote pakej kat aku? Sila letak links dalam comments ya.

Aku teringin nak g Bali/Bandung.