Tuesday, June 24, 2008

Fikiran Aku Menjelang Kahwin

Awalnya aku tulis blog ini dalam bahasa Inggeris. Namun, aku terpengaruh dengan blog Encik Melayu Minimalis (sila google), aku mulai sedar lalu berkata dalam hati "hei, aku sebenarnya lebih mudah memaparkan ekspresi yang berlebihan dalam Bahasa Melayu"

Jadi, ya. Aku mahu tulis dalam bahasa yang aku selesa iaitu Bahasa Melayu pasar. Haha!!
Bak lagu nyanyian Karen Kong, 'Mulakan'

~~~~~


Fikiran Aku Menjelang Kahwin, kenapa aku jadi malas terlampau sampai aku asyik stalk blog2 org tanpa menghiraukan tanggungjawab kerja aku yg bertimbun? Mungkin kerana :
  • aku dah nak tukar kerja sebagai bekalan kestabilan hidup selepas kahwin aku nanti
  • aku rasa ketua kumpulan aku kurang berkaliber untuk membimbing aku sehingga aku kena ajak pengaturcara lain dalam kumpulan aku untuk berbincang masalah-masalah dunia kami
  • seorang kawan sekerja aku yang lagi muda tengah bergembira di tempat kerjanya yang baru. apabila dia pindah, semangat aku jatuh merudum


Fikiran Aku Menjelang Kahwin, kenapa aku keliru bulan mana yang sesuai untuk risik, tunang dan kahwin?

  • bf aku nak tunang sebelum abang aku kahwin
  • mak aku nak aku tunang selepas abang aku kahwin
  • aku nak tunang pada tarikh yang mak dan bf aku setuju

Fikiran Aku Menjelang Kahwin, patut kah aku beli rumah?

  • ptptn menyebabkan aku hanya layak beli rumah flat atau apartment murah
  • mak aku kata jika nak rumah tu hak aku sepenuhnya, beli sebelum kahwin
  • aku pula fikir jika beli rumah flat, di mana tempat yg laku supaya sewanya tinggi?


mudah.com.my

  1. mudah untuk search
  2. tapi belum ada banyak iklan
  3. ok lah untuk isi masa lapang aku berangan-angan nak beli rumah



Fikiran Aku Menjelang Kahwin, patut kah aku beli tv?
  • aku boleh beli secara tunai tv lcd 42 inci sekarang juga jika mahu
  • aku selalu berebut tv dengan kakak aku (tv itu kakak aku yang punya)
  • bf aku kata, baik beli tv lepas kahwin. saving itu simpan untuk dream wedding aku
  • tengok tv adalah rutin hidup aku

tv lcd 30" ke atas
  1. rumah kecik, tv besar. sekurang-kurangnya aku boleh berbangga dgn tv aku nanti
  2. cantik la lcd. ada kah orang yg tak suka? ringan dan sedap mata memandang
  3. untuk tujuan melengkapkan hiasan dalaman rumah aku


Fikiran Aku Menjelang Kahwin, patut kah aku beli kereta?
  • gaji aku akan stabil mulai Ogos ini
  • tapi aku nak kahwin dengan bf aku yang dah ada kereta
  • kakak aku selalu perli aku sebab tak ada harta, kereta pun tiada
  • aku ada saving ASB yang boleh dijadikan down payment kereta dan lebih dari itu
    tapi saving ASB itu sebenarnya untuk aku backup selepas aku kahwin nak beli washing machine, fridge dan dapur gas yang aku nak (3 benda ini sekali beli tahan lebih kurang 10-15 tahun, jadi perlu pilih yang aku akan guna dalam tempoh itu)
fridge 2 pintu, penting kerana aku wanita bekerjaya.
  1. tak sempat nak pergi pasar/supermarket malam2 lepas kerja. nak simpan apa yg aku dah potong siap2.
  2. dalam 10 tahun, ada anak dan saudara selalu datang. mesti ada stok makanan di rumah sendiri kan?
  3. aku tak mahu situasi fridge aku 'muntah' akibat sendat dengan stok makanan


dapur gas yang slim dan stylo
  1. rumah di bandar tentunya kecil kerana mahal, perlu jimat space
  2. 3 hab lebih banyak dari 2 hab kan?
  3. kecantikan dan ciri ergonomik yg bakal membuatkan aku rasa berbaloi membelinya
mesin basuh 13kg automatik
  1. 13kg - aku tak mahu bazir duit hantar ke dobi semua langsir dan comforter aku nanti
  2. automatik - aku tak mahu bergaduh dengan suami siapa yang kena selesaikan kerja membasuh. letak baju, letak sabun, tekan'start', buat kerja lain, dah kering utk disidai
  3. aku tak mau bawa semua kain2 besar balik rumah mak aku untuk dicuci, nanti dia bising
  4. ultimate tool for supermom, boleh basuh karpet, bag, teddy bear etc.
savvy 2008
  1. exterior yang designnya di'sharp'kan, cuba lihat di logo proton depan dan belakang, tiada 'ekor katak' lagi
  2. 2 airbag dengan harga yg berpatutan
  3. gear auto-manual, mudah dikendali dengan sentuhan persis joystick
  4. jimat minyak, tak perlu nak bergaya dengan kereta besar pemakan minyak yg rakus, byk benda lain perlu dibeli
  5. second car yg sesuai dibawa untuk pergi kerja

Bak kata Nabil, lu pikir la sendiri


thus, aku kena fikir sendiri la beb. bukan ikut fikiran orang lain kan? tapi orang lain tu orang2 yg selalu tolong aku. tapi bila aku nak berdikari? asyik tanya orang lain je aku ni.


Agak-agak, berdasarkan penyataan di atas, aku kena beli/buat apa dulu?

~~~~~

5 comments:

Melayu Minimalis said...

:)

haniazrina83 said...

yo MM da baca? thanks!

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Ehh.. selera anda ini macam serupa dengan selera Si Manis saya.

Apapun, Savvy is a good choice. dapat beli sebelum beranak satu pilihan tepat. Minyak pun memang save.

Hub - kalau ada 2 dapur pun dah cukup. Nanti kumpul duit beli pressure cooker atau mikrovave oven.

TV - lagi besar lagi bagus. Bf suka tengok bola, lagi besar lagi bagus so that dia tak lepak mamak untuk tgk EPL. Nanti kalau tv kecik, dia bagi alasan tak nampak muka player untuk lepak di kedai mamak. LCD tu pun bagus sebab jimat space.

Mesin basuh - Kena fikir sama ada nak duduk apaertment atau rumah teres. Kalau apartment, mungkin boleh masukkan pilihan washing machine + dryer. Shopping kompleks kat KL ni slalu buat offer washing machine + dryer campur installation kat umah. lagi lawa dan teratur.

Peti ais - cari model yang freezer terletak di bahagian bawah. Nanti tak sakit pinggang tebongkok2 cari sayur.

haniazrina83 said...

ttb!!! u are one man with full of great ideas!!!! thanks! ingatkan lelaki tak fikir pasal benda2 ni. bertuah Si Manis :D

Mrs. Amie said...

Cik Hania Azrina,

I just drop by disini dan tiba2 terbaca entry u yg menarik perhatian.. It is absolutely apa yg I fikir before I kawin lebih kurang 20 hari yg lepas. And here, my opinion..

TV - I just bought a new tv ..of course it's LCD TV tapi 32" shj yg menjadi idaman I..and it's worth sbb I takde TV sendiri before nie..sumenya harta family.. Yup, I've made a good decision la..

Fridge - penting! Dan apa yg u tulis tue semuanya betul.. dan juga pilih yg menjimatkan tenaga...

Dapur gas - sila beli.. yg affordable dan simple.. dan mudah utk di kemas dan cuci.

Mesin Basuh - penggunaan automatic mmg menjimatkan masa dan tenaga sendiri.

Kereta - since bf u dah ada kereta, why waste? why not u naik kereta dia.. then suruh dia beli motor je.. kan lagi save... kita boleh saving utk our future..our kids...lagipun, kereta bukanlah satu benda yg boleh di invest kan di masa akan dtg..but, it's up to u.. u decide..