Ini mengikut pendapat aku berdasarkan lelaki yg aku pernah jumpa(lokasi dan identiti terpaksa dirahsiakan). Jangan marah. Ciri-ciri ini berasingan antara satu lelaki dengan lelaki yang lain. Tapi jika kau ada gabungan semua ciri-ciri di bawah, sila ubah.
- Syampu rambut sekali sebulan. Rambut berminyak dan bersalji seperti Hari Krismas dengan saiz hablur besar. Aku tengok sambil berlakon buat macam tak ada apa-apa. Sengsara.
- Tak gosok gigi selama seminggu atau tak pernah langsung. Celah-celah gigi penuh dengan khazanah-khazanah berharga. Geli.
- Muka macam penyamun, beli semua baju di Hypermarket, tapi gilakan gadis macam Siti Nurhaliza(gadis ayu) atau Dynas(gadis stylo). Confirm tak dapat kecuali ada harta macam Datuk X atau bekerja sebagai kontraktor
- Gold digger. Lelaki ini selalunya segak dan penuh agenda. Sanggup invest dan berlakon sebagai Jejaka Mithali Terakhir hanya kerana tahu akan dapat harta bakal bapa mertua. Awas!
- Gila hobi tapi duit cukup-cukup makan. Pasti menyesal kahwin dengan lelaki berfikiran begini. Bergaduh macam mana pun sia-sia sahaja. Anak-anak makan pasir sahaja supaya dia dapat beli body kit kereta yang buruk atau patung-patung ganjil hanya untuk ditatap oleh nya
- Tak pernah trim b*l* di bawah tu. Lepas tu tergaru-garu macam monyet. Rimas lah!
- Perfectionist. Dirinya tak perfect, tapi inginkan calon isteri dengan ciri-ciri yang tiada cacat cela dari segi fizikal dan mental. Ini realiti. Terima kekurangan manusia ya.
- Playboy popular. Semua perempuan dah tahu dia playboy. Perasan sahaja masih laku :P
- Tiada satu pun bakat dalam subjek kemahiran hidup. Ketuk paku, terketuk tangan. Tukar mentol, starter yang rosak. Carilah bakat kau yang mungkin terpendam. Satu pun tak apa.
- Tidak tahu apa matlamat hidup. Hidup suka ria tanpa had. Hidup kan macam roda. Matanglah sedikit T_T
- Pakai baju lusuh macam nak beli sayur kat pasar bila keluar bersama perempuan. Perempuan pun ada cita rasa juga tau.
- Tidak percaya akan perkahwinan. Dah tentu bukan calon suami untuk mana-mana perempuan. Fikirannya tak sedia lagi, jadi jangan buang masa. Carilah yang lain.
p/s : kenapa macam penulisan seorang blogger yg kau pernah baca? dia jarang menulis tentang lelaki. Biar aku yang lakukannya.
~~ habis ~~~
2 comments:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:“Wanita dinikahi karena empat perkara;
1.hartanya
2.kedudukannya/ keturunannya, 3.kecantikannya
4.agamanya.
Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/6 8) dan Ibnu Majah (1858))
yup yup. betul tu.
dan jangan lupa baca hadis/potongan ayat Al Quran tentang tanggugjawab suami kepada isteri ya.
jika sudah, jom ngedate.
Post a Comment