Thursday, October 13, 2011

Jangan salah ertikan aku sahabat

Aku tahu aku salah
Aku tahu ramai yang rasa aku bersalah
Namun aku ada sebab tersendiri
Aku bukanlah orang yang hebat, kaya atau cantik
Jika aku tak melakukannya
Mungkin family aku tak dapat tengok aku sebahagia ini sekarang
Aku bukan orang yang pentingkan diri
Namun atas sebab tertentu, aku terpaksa
Aku ada masalah keyakinan diri yang keterlaluan
Sampai sekarang aku masih rasa rendah diri dan tak layak untuk apa-apa dan siapa-siapa
Mungkin sebab itu ada yang terkejut dengan sikap ku yang tiba-tiba berubah
Walaupun aku dan sahabat-sahabat aku tak seperti dulu
Namun aku sentiasa ingat mereka dan kenangan manis bersama mereka
Aku seorang yg bukan multi-tasking
Aku jenis yang fokus pada satu-satu masa
Jadi bila ada masa tertentu, orang yang lepak dengan aku akan rasa happy ya amat
Sebab aku tahu aku suka melayan orang, mendengar cerita dan luahan perasaan, membuat jenaka
Aku suka layan orang pegi shopping, layan sembang sampai pagi, layan tgk movie sesama
Tapi,
Tak semua yang kita nak, kita dapat
Bila dah dapat, mungkin kita akan kehilangan sesuatu pula
Kehilangan itu bukan sahabat-sahabat ku sahaja yang rasa
Aku juga rasa begitu
Rasa sunyi dan terpinggir dan pernah menangis
Namun aku gagahkan diri, setiap kali dikritik dan disindir
Aku tak pernah mempersoalkannya, senyap dan mengelak situasi menjadi lebih buruk
Aku tempuhinya seperti tiada apa-apa walaupun aku sendiri sedih dan rasa bersalah hingga sekarang
Cuma aku harap luka lama akan sembuh walaupun parutnya takkan hilang
Itulah harapan aku...
Amin.....

2 comments:

syalinda johari said...

hani...semoga tabah dan dapat mengharungi apa jua rintangan yang mendatang..doa banyak2 sahabatku...

haniazrina83 said...

uuhhuhuhuk terharu aku....
thanks weh....
semangat aku pasni..chaiyo!!!