Thursday, July 15, 2010

Implanon~Merancang keluarga max 3 tahun

Ape kejadahnya implanon?

Inilah implanon gadget perancang keluarga untuk tempoh max 3 tahun.
Berupa seperti gambaq kat bawah ni.
Sekecik batang mancis.

Kenapa aku pakai implanon?

1. Sebab aku tak sedia nak beranak lagi.
2. Mak aku suruh.
3. Kita tak tau apa akan jadi bila bersama.
4. Aku pelupa if perancangan keluarga yg perlukan jadual harian/bulanan
5. Peratusan utk pregnant lagi adalah 99%
6. Checkup hanya setahun sekali
7. Isteri kepada kawan husband aku pakai, OK je
8. Masa kat HUKM, doktor tu pun cam promote menda ni lebih sket.
9. Tak sakit
10. Letak kat tangan dan bukan kat tuttuttutututututtttttt...


Ada side effect ke?

Ada. Sila rujuk website kat bawah post ini.
Contohnya sekarang aku rasa selsema, emosi dan pening kepala.
Pasal tu aku tulis post yg sebelum ni.
Sekarang aku ada alasan bila aku emo.
Hiarkh!! Wachaa!! Yebba2!!

Align CenterSteps to insert Implanon yg aku gunakan

1. Pergi cawangan klinik LPPKN, tak perlu appoinment pun, datang je on the dot
>> daftar RM20 dan bayar seketul Implanon RM300
2. Bius >> Rasa cam gigit semut cam bius yang slalu kita rasa tu
3. Suntik implanon >> rasa takde ape2 >>
4. Boleh gi opis cam biasa >> tak layak dapat MC pun, huhuhu!!!
Akan ada lebam dalam masa 2 minggu, itu bagi aku la. Vary ikut orang
Kesan lebam hilang
Pastu just ada parut satu dot sebesar diameter hujung mancis
dan bila sentuh, rasa la implanon sebatang bawah kulit.
Rasa sakit lebam dah tiada.


Sila rujuk website ini :

www.implanon-usa.com
(ada compare chart dgn kaedah perancangan keluarga yg lain dan boleh download or print nota)

www.lppkn.gov.my
(untuk cari alamat cawangan klinik LPPKN yg terdekat)
Klinik ni cantik, staff mesra & lemah lembut dan harga berpatutan
Juga sediakan consultation pasal sakit2 perempuan yg lain
macam breast cancer, kanser rahim and etc
juga boleh buat pap smear kat sini


Selamat menyelamatkan badan anda!!!
Lelaki tak paham apa yg kita lalui...
Belalah badan sendiri..
Hohoho..!!


Stress seorang perempuan berkahwin

Sungguh stress.
Nak tinggi suara tak boleh.
Last nangis sorang-sorang.
Lama-lama simpan jadi bom worr....
Sabarul minal iman.

Aku sekarang selsema, sakit kepala, sakit bahu, sakit pinggang, sakit lutut dan stress.
Damn!!!!

Last2 aku marapek dlm blog ni. Duhhhh!!!!

Tuesday, July 13, 2010

Arissa @ 3 months ++


i'm a tiger baby...roar!!! don't mess with me!!
huhu tapi mama kite letak bedak byk sgt..hilang coolness kite


model topi kait berbunga of the year, jatuh kepada ika and arissa!!


emmm..sedap tidur atas bantal karipap biru


opah...nape opah suke kait2 baju utk kite? anyway, thanks opah!!!
luv u n miss u soooo much!!!


aksi tidur kuak lentang..yebba!!


monyet!! kenapa awak tgk kite? ada hutang ka????

Monday, July 12, 2010

1st family holiday @ cameron


budak strawberry yg tgh pening naik cameron lalu tapah


view tepi bangalow maybank..best gak


boss bagi bilik kat bungalow maybank...yebba


gambar keluarga..yebba..tapi arissa nangis sbb silau matahari


arissa ..me and bunga lily di pagi yg dingin

bungalow lawa yg dicop boss lain...kitorang dapat bungalow sedang2 je


aku telah meng'spoil'kan gambar keluarga no dua dgn memejamkan mata

breaksfast kat bharat tea plantation..ada tangga leh bawa baby mendaki
arissa sampai puncak terus tido..huhu


Monday, June 21, 2010

Botol susu elak kecacatan otak baby



Masa aku online shopping, selalu jumpa botol susu PP, PES dan apa maksudnya BPA free?
Pastu aku pun siasat la sket2 apa maksudnya.

Bahan2 berbahaya yg terkandung dlm botol susu yg kurang berkualiti yg boleh mencacatkan otak baby :
PVC, BPA (bisphenol-A), nitrosamines, phthalates, biologically toxic chemicals and lead.
Studies have shown that exposure to bisphenol A can increase the risk of heart disease, diabetes, breast cancer and liver abnormalities in adults and result in brain and hormone development problems in fetuses and young children. For the most part, human exposure to bisphenol is low-level, but it is also continuous and widespread, because BPA is present in so many of the products we all use every day.


So mesti cari botol susu yg BPA-free!!!!!
Sebab kita selalu tuang air panas, masak dan sterilise botol susu tuh!!!!
If botol susu yg tak tahan panas, bahan plastik nya akan bertindak balas dgn susu yg kita tuang dlm botol dan jadilah campuran racun utk baby kita yg slowly akan beri kesan buruk pada baby.


Cuba tips ini : http://environment.about.com/od/healthenvironment/a/bpa_tips.htm


No 1 yang paling tahan panas setakat ni adalah :
Glass
Senang cerita botol dari kaca yg tebal.
Confirm bebas dari segala jenis bahan kimia berbahaya berasaskan plastik.
Tapi masalahnya berat, licin dan juga takut pecah.


No 2 yang paling tahan panas setakat ni adalah :
PES
Polyethersulfone (PES) - a BPA-free material with a natural honey coloured tint.
The bottle itself is made out of Polyethersulfone (PES), which is a hard resin plastic that is similar in weight and feel to polycarbonate. However, it has a much higher heat resistance than Polycarbonate does.
seperti gambar di bawah, warna dia kuning2 gold sket.


No 3 yang paling tahan panas setakat ni adalah :
PP
Polypropylene (PP) is a softer plastic and has a slightly milky color. PP has the advantage of being easily recycled at most recycling locations. Lebih murah berbanding PES. Tapi PES lagi power la.
macam gambar di bawah, warnanya putih samar2 sket.


Contoh brand yg ada botol2 yg selamat ni adalah :
Avent, MAM, SafetyPlus, Pigeon, Bumblee Bee, Dr Brown, Evenflo, The First Years, Nuby, Tomee Tippe and etc

Selamat menyelamatkan baby anda!!!! Yesszaaaa!!!



Thursday, June 17, 2010

Shop baju baby like crazzziieee

Husband outstation. Jadi utk menghilangkan boring, aku shop baju baby cam org gile.
Dalam masa 2 minggu aku dah terbeli menda2 alah di bawah semua masa aku kat opis.
Sepanjang hari tengok baby apparels e-shop dan g tempat user aku yg jual baju baby.
Ini yg aku beli :


ini utk anak sedara aku, hayfa zulaikha bt hasnol hadi =)
kiddigifts cotton red polka dress

Align Center

ini baju raya anak aku
kiddigifts multilayer osh kosh red checker dress





3 helai busha tights
a. pink bunny
b. bear on bicycle
c. i luv papa

*beli kat user aku
*gambar ni dari blog lain yg aku dah lupe. tp byk blog yg jual menda alah ni. kiut!





vitamin baby pink romper with skirt
*beli kat user aku
*gambar ni pinjam dari babykidslove


carter's new born floral jumper for anak sepupu. sepupu bernama wana =)
baju ni super cute!!
tapi gambar aku beli satu je..bukan set macam dalam gambar di bawah ni
bole la beli dari pandababyshop



busha socks : ducky, bunny and bumble bee
boleh dibeli kat lil2twinkle



baby poney pink polo/tennis dress with diamontee detailed logo

oshkosh pink birdy dress


jcpenney flower girl dress
juga sebagai baju raya anak aku, Arissa
gambar ni lebey kurang la. cuba takde bunga dan yg aku beli tu warna pink.
boleh beli kat kedai yg super super best ni
kaboodle



also few items yg aku pakai dan rasa berkualiti dan cost effective,
beli kat mydin depan menara maybank :
a. cotton travel matress set in blue stripe and polka dot
b. pink sleeveless+ skirt
c. ok baby pink sleeveless + pant
c. ok baby orange sleeveless + pant



lagi aku beli online
cooler bag stylo mama utk bagi susu kat babysitter @ littlewhiz
momslitltleone's ice pack x 3 utk bagi susu kat babysitter @ fabolousmom
techni ice sheet utk panaskan susu bila travelling @ fabolousmom
fabolousmom cotton nursing bra, very light and comfy @ fabolousmom
tomme tippe bottle and teat brush,
aku terbeli ingatkan ada berus span macam dalam gambar @ littlewhiz


Thursday, May 20, 2010

Cerita deliver baby Arissa

  • Aku bertambah berat badan dalam 20 kg++ sebab makan banyak dan minum ais setiap hari
  • Aku overdue seminggu lebih sebab cuti awal sangat dan terlebih berehat di rumah
  • Aku turun darah sikit, g hospital nurse rileks je soh balik sebab takde contraction lagi
  • Malam tu jugak mak aku ajak jalan kat klcc sampai aku sakit kaki
  • Jam 5 pagi aku contraction tahap gaban sakit gile sampai tak larat nak g mandi
  • Aku makan bihun rasa pedas sgt. aku makan seciput je.
  • Aku decide g hospital jam 10 am. Lama gile aku tahan sakit kat umah.
  • Sampai hospital, aku peluk bantal tahan sakit aku yg melampau tu.
  • Doktor seluk pertama kali. Aku menjerit cam orang gile seh...doktor soh amik epidural!!
  • Doktor pecahkan air ketuban dan rupanya baby dah berak dlm belon aku.
  • Pastu aku masuk labour room dan menahan sakit sampai petang
  • Epidural aku tak cukup sebab sakit aku ada lagi, kena tambah dos di lewat petang
  • Aku sakit di belah kanan rahim, aku bgtau nurse dan doktor
  • Rupanya diorang tak bagitau yg baby terbelit tali pusat, kepala di kanan rahim aku. Maybe nak elak aku panik dan susah teran
  • Laki aku teman sepanjang dalam bilik tu sambil bagi aku air, pegang tangan aku bila sakit contraction dan bagi aku gas utk disedut
  • Aku kencing byk sebab minum air banyak. Kencing pakai tiub seh..
  • Ramai staff masuk tgk aku sebab aku last utk sesi siang hari. Mmg malu dah takde dah.
  • Seb baik aku teran dgn betul. Aku buat sungguh2 sbb nak elak vakum, takut baby kepala lonjong. Nurse pun bg galakan dan pujian supaya aku lebih bersemangat.
  • Doktor tu dgn rileksnya menyambut baby aku yg terbelit tali pusat tu.
  • Baby pun lahir jam 7.55 pm. Lama gile sampai aku penat takde tenaga. Baby Arissa sangat tabah dan berazam utk jumpa dgn mama die =D Huhu terharu!!
  • Masa jahit2 rasa cam lama. Rupanya jahit berlapis2. Sabar je la.
  • Pastu diorang bagi aku makan dan rehat lama2 dlm labour room.
  • Malam baru jumpa family aku dan jugak baby.
  • Nurse yg jaga baby aku sampai pagi. Siap bagi susu tepung.
  • Aku dah le tak reti jaga baby. Aku usap2 baby sikit ala2 kekok.
  • Dah abis, len kali aku cerita pasal susukan baby plak.
  • Jap, baca ni. Kes tali pusat terbelit aku :
    • Masin mulut mak long aku cakap yg pakai tudung terbelit2 kat leher, nanti baby terbelit tali pusat. So guys, masa ngandung jgn belit apa2 hiasan kat leher dan pakai la tudung ikin tu, sarung je zasss.
    • Bibik indon urut aku kata if terbelit tali pusat, baby tu maniiiiiiis selalu, macam manis org pakai rantai kat leher, manis dipandang, org pun suke...i lioke u bibik!! pandai bibik bodek aku, marketing nampak..nak promote urutan die la tu.
    • Selalunya masa tu kepala baby dah enganged. So tak leh C-sec. Bila teran jangan panik, teran seadanya bila doktor suruh. Pakai je epidural tu. Tak yah seksa diri.
    • Aku rasa baby aku ke kanan sebab sepanjang tunggu due date bersalin, aku tidur mengiring ke kanan. Cube korang tidor telentang, mayb ok kot.
    • Tapi aku scan sehari sebelum deliver, ok jer. Tak nampak pun tali pusat kat leher die.