Wednesday, November 9, 2011

TV : I Shouldn't Be Alive (National Geographic)











Yup, aku suka tgk tv. Semua cerita aku layan dari cerita melayu, tamil, iran, international, semua la. Cerita lembab sampai la cerita laju. So, aku nak citer pasal I Shouldn't Be Alive (National Geographic)




  • Tajuk yang efektif - ko tgk tajuk pun da tau cerita ni pasal orang yg survived dari satu-satu bencana or malang. Sepatutnya dia mati tapi tak mati sebab usaha-usaha diorang menyelamatkan diri or luck tetiba muncul kat situ on the dot. Malang diorang ni mmg tak logik akal la. Kalau org malaysia yg lemah semangat ni mmg susah nak hidup. Sure dah out dah.




  • Macam tengok movie - Setiap satu siri adalah cerita dari orang berbeza. Tak silap aku satu siri adalah 2 jam or satu jam tak ingat, sebab layan tengok sampai habis so aku tak perasan. Kira dah tahap ko tengok movie. Lakonan semula pun mmg pelakon yg pro macam pelakon filem. Kalo berdarah macam real, kalo tengah sedih, tengah psiko, tengah lemah, tengah down, terharu, gembira semua dilakonkan dengan baik sekali.




  • Cerita ni mmg best sebab berdasarkan kisah sebenar - Pelakon yg lakonkan semua kisah sebenar ni muka pon diorang pilih hampir nak sama, nak kasi feel okeh. Cara cerita ni pon best siap ada interview orang sebenar. Jadi ko tau cerita ni bukan citer tipu atau fitnah atau rekaan semata-mata. Orang yg interview tu sure emosi habis nak ceritakan kisah dier. Ye la dah benda tu jadik kat diorang. Memang la terkenang-kenang sampai bila-bila.




  • Pengalaman luar biasa - Hah ni yang layan ni. Ko bayangkan la pengalaman diorang sure tak tercapai akalmu.




  • ---- Ada sorang mamat ni kecoh p masuk amazon sorang-sorang. Tak ke gile namanya tu. Siap jumpa penjenayah dadah dalam hutan, tersesat, lari tengah malam naik sampan, bangun pagi ko sorang-sorang dalam hutan, siap kena gigit nyamuk sampai malaria, makanan tak ada, dah terpaksa bunuh anjing sendiri. Ha camne dia selamat? Seb baik ada orang asli jumpa dia, boleh pulak dia tak mati kena gigit nyamuk tu. Siap da terselamat boleh pulak travel tempat lain pulak.




  • ---- Ada plak mamat ni berburu sorang-sorang, sekali kena terkam dengan beruang besar, peha terkoyak ko leh pegang dan bukak tutup kulit tu sekeping, jalan la, mengesot la sekali jumpa orang, orang tu dukung turun bukit, berat gile, hujan pulak tu da malam, sekali jumpa khemah, ada doktor yg berburu gak, tak ke magik ade lak luck dia jumpa doc tu. org yg dukung dia tu siap bersungguh tolong die, gile la ada orang yg hati dia semurni mamat penolong tu.




  • ---- Ada plak satu geng ni terpaksa naik bot penyelamat macam bot pelampung ada bumbung kon tu. Makanan takde, air masin, ada yang luka da kena jangkitan, terapung kat laut yg takde penhujung, siap ada yg gile terus terjun laut sbb halusinasi lepas minum air masin banyak sangat, siap kena kepung dengan jerung. Last-last 2 je terselamat. Pergh gile arr.




  • ---- Ada plak tebusan mat salleh masa pemberontakan kmer rouge. Boleh plak mamat tu konfiden nak larikan diri dari pemberontak yg ada senapang bagai tuh. Siap leh discuss dgn ketua pemberontak tu. Seb baik dia tak tembak mamat tu macam dia tembak org lain. tidak sia-sia mati katak dalam hutan tebal tuh.




  • ---- Ada plak kapal terbang terhempas. Berbulan-bulan duduk kat salji. Siap makan cebisan daging manusia. Dengan bekalan yg pelik tu 2 org sukarela gi cari jalan keluar. Sekali ada petani jumpa. Petani tu pun terkejut boleh pulak ada orang hidup kat situ. Kerana 2 org tu, orang lain yg tunggu kat bangkai pesawat tu terselamat.




  • ---- Ada pulak 2 org masuk hutan amazon, tersesat la bagai. Siap jumpa 2 org yg mencurigakan, sekali terpisah. Sorang terselamat. Sorang lagi dok dalam hutan cari jalan keluar sampai da tak larat. Dia last-last terbaring tepi sungai balik kayu-kayu. Sekali member dia patah balik cari dia dgn sorang org asli naik rakit. Pusing banyak kali tak nampak. Last sekali da nak balik dah, tetiba rasa nak check belakang kayu. Pergh seb baik jumpa kawan dia tu. Memang magik aku rasa time tu. Haduiii aiii.




  • Pengajaran - Bila ko tengok je cerita-cerita pengalaman orang nih, ko akan automatik rasa bermotivasi, terharu dan pemikiran ko tentang hidup akan berubah secara total. Jangan mudah berputus asa. Hidup tu berharga. Usaha kena gigih. Jangan sambil lewa. Mental kena kuat. Kalo aku taip bebanyak pun bukan nyer terkesan kat korang. Ko tengok la sendiri, pikir sendiri then baru arr terkesan kat korang. So tak perlu la keluar duit p kursus motivasi ke kaunselor ke, sebab dengan pengalaman orang lain, kita boleh jadik inspired dan motivated. Pengalaman diorang nih memang sangat bagus. Ko ada? Tak dak kan? Kalo takde, p tengok citer ni.




Sekian.



1 comments:

Rohani Hashim said...

aku smpai skrg, xsubscribe lg national geographic ni ahaha...sengal