Selalunya kami berdua akan pergi ke Tesco Ampang, kedai mamak, klcc, jusco maluri, kedai kakak cantik, kedai makan tepi mrr2 ataupun ke taman tasik titiwangsa untuk menyihatkan diri di pagi Ahad atau pergi ke konsert2 percuma anjuran syarikat telekomunikasi. Kami tidak bosan sama sekali. walaupun tempat2 ini biasa, tetapi yg penting kami gembira dan bergaduh dan berdiva poyo bersama-sama supaya hati kami berdua tidak terasa kosong dan dompet kami tidak kosong. Maklumlah nak kumpul duit nak kahwin.
Jumaat ini kekasihku Adnan menjemputku ke persembahan teater muzikal. Elok pulak notis berenti aku akan habis pada hari yg sama. Kami berdua tak pernah pergi tempat sebegini bersama. Aku pernah pergi dengan kakak aku. Menarik juga. Untuk pergi ke teater, ada etika berpakaian yg wajib dipatuhi, atau jika tidak, kamu akan dihalau sekaligus akan merasa hampeh sebab dah berangan2 utk tengok, tapi tak dapat masuk.
Eh, tunggu sekejap. Aku tidak ke Dewan Filharmonik Petronas, KLCC (Menara KLCC). Tetapi ke Plenary Hall, KLCC (KL Convention Centre). Damn! Aku blur. Aku tersalah bayangkan tempat nak tengok teater muzikal tu. Dan jumpa ini :
http://www.klcc.com.my/KLCCWeb/KLCCWeb.nsf/7d51e1ff88aa462a48256cfd002d7b82/6b6aae820a528e2a48256cfd00339889?OpenDocument
Then ini gambar sebenar dewan tersebut. Wow! Besarnya!! Macam mana tanah sejemput tepi klcc ni jadi besar pulak??? Memang tak perasan sebelum ni.
http://www.malaysiahotelreview.com/kuala-lumpur/destination/kl-convention-centre/07.shtml
dan ini
http://knizam.com/blogging-from-plenary-hall-klcc/
Apekah keputusan aku untuk memakai pakaian di atas akan melepasi halangan penjaga tiket teater itu nanti?Ataupun aku akan memakai topeng power rangers kerana malu dihalau penjaga tiket? Tunggguuuuuu........Layan zassss!!!